MENEPATI janjinya, garapan Micheal Bay menerusi filem
robotik tersohor, Transformers: Age of Extinction ( sekuel keempat)
nyata punya kelainan ketara yang pastinya membuatkan penonton kagum dan
tidak akan berganjak sehingga tamat tayangan.
Selain jalan cerita lebih mantap, aksi pertarungan robotik juga lebih kemas dan realistik setanding dengan teknologi yang berharga jutaan dolar.
Bila menyebut Transformers, pastinya ramai yang sudah membayangkan aksi-aksi pertarungan robotik yang dipanggil Autobots dan Deceptions. Lebih tepat, pertarungan antara Optimus Prime dan Megatron.
Seperti mana trilogi filem terdahulu, Transformer (2007), Transformers: Revenge of the Fallen (2009) dan Transformers: Dark of the Moon (2011), 'kisah peperangan robot' ini masih menjadi inti pati utama cerita.
Namun menerusi sekuel keempat ini, penonton dapat melihat nilai hubungan kekeluargaan, yakni hubungan bapa dan anak, berbeza dengan sogokan babak-babak seksi serta keghairahan heroinnya menerusi dua model terkenal sebelum ini, Megan Fox dan Rosie Huntington-Whiteley.
Selain lebih sesuai untuk tontonan seisi keluarga, terutama golongan kanak-kanak, percaturan baru Bay ini pastinya dapat mengubah persepsi penonton terhadap 'Transformers' bahawa filem robotik ini bukanlah bergantung pada keghairahan heroinnya semata-mata.
Malah pemilihan aktor tersohor, Mark Wahlberg, sebagai teraju utama juga tidak sedikit pun mencacatkan filem ini, meskipun ia cukup serasi dengan nama Shia LaBeouf menerusi wataknya Sam Witwicky.
Sedikit mengenai sinopsis filem francais hasil ciptaan Hasbro ini, bandar Chicago hampir musnah akibat pertarungan epik antara Optimus Prime dan Megatron. Meskipun semakin pulih, manusia tidak lagi mempercayai Transformers.
Pihak tentera di bawah arahan Harold Attinger, ditugaskan untuk memusnahkan kesemua Transformers, baik Autobots mahupun Deceptions. Ekoran itu, Autobots termasuk Optimus Prime mengambil langkah menyembunyikan diri.
Namun, ‘kehilangannya’ telah dikesan seorang mekanik, Cade Yeager, setelah membeli sebuah trak usang dengan tujuan menjual bahagiannya untuk mengumpul duit bagi membayar yuran kolej anaknya, Tessa.
Pada masa sama, sekumpulan saintis di bawah kelolaan ahli perniagaan telah mencipta Transformers mereka sendiri tetapi robot ini telah berpaling menentang mereka.
Sementara itu, Cade, Tessa serta teman lelakinya, Shane, yang menjadi mangsa buruan tentera akhirnya bekerjasama dengan Autobots yang tinggal bagi menyelamatkan Bumi.
Dinobot-Galvatron-Lockdown
Selain mengekalkan autobots sedia ada, Optimus Prime dan Bumblebee, Transformers: Age of Extinction, turut menampilkan robot baru, Dinobots (robot dinosour), yang mempunyai tarikan dan peranan tersendiri.
Bagi penggemar Transformer, kemunculan karakter-karakter baharu robotik ini pastinya akan membuatkan anda lebih teruja.
Buat julung kalinya, Grimlock, Slug dan Slash selaku karakter dari Dinobot diwujudkan menerusi layar perak.
Meskipun hanya muncul di penghujung cerita, namun ia tetap memberikan impak yang besar terhadap keseluruhan cerita dan pastinya untuk sekuel terbaharu kelak.
Selain Dinobot, terdapat juga beberapa karakter lain yang mampu memberi kejutan buat penonton. Antaranya kemunculan Galvatron dari Decepticon yang merupakan jelmaan Megatron.
Bagaimanapun kemunculan Decepticon yang lebih kejam , Lockdown (Bounty Hunter) bersama kapalnya dilihat lebih menyerlah berbanding Galvatron. Mengapa? Pastinya Micheal Bay punya lebih perancangan untuk mengembangkan plot dan penceritaan bagi memantapkan lagi sekuel Transformers yang seterusnya.
Selain dua karakter robotik antagonis ini, terdapat juga beberapa karakter Autobots baru, misalnya, Drift, Grosshairs dan Hound, yang membantu Optimus Prime dalam misi mempertahankan Bumi.
Bagi Bay, Transformers: Age of Extinction, berbeza dari trilogi sebelum ini dan merupakan cabaran terhebat untuknya.
"Semua perkara direka semula dengan menampilkan perkara baru. Pemilihan pelakon dibuat dengan teliti bagi mengikut kehendak cerita. Anda akan merasai perbezaannya," ujarnya yang pernah menghasilkan beberapa filem box-office lain, termasuk Armageddon dan Bad Boys.
Elemen kemanusiaan
Boleh disifatkan sebagai filem yang agak panjang dengan durasi selama 2 jam 35 minit, Transformers: Age of Extinction ini sememangnya sarat dengan aksi-aksi pertarungan robotik.
Bagaimanapun, garapan Micheal Bay kali ini harus dipuji, memandangkan elemen kemanusiaan serta permainan emosi turut menjadi sebahagian rencah dan pelengkap filem ini.
Secara lumrahnya, penonton pastinya akan cepat berasa bosan sekiranya hanya dihidangkan dengan babak atau aksi pertarungan robotik semata-mata.
Namun sentuhan bijak Bay menerusi elemen-elemen yang dinyatakan tadi menjadikan naskah ini cukup rencahnya.
Ia dapat dirasai menerusi setiap watak yang ditampilkan, terutamanya apabila melibatkan hubungan bapa, Cade (Mark Wahlbergh) dan anak perempuannya Tessa (Nicola Peltz).
Mengetengahkan kasih sayang dan nilai kekeluargaan, Bay turut menyelitkan kisah cinta remaja menerusi watak Tessa dan teman lelakinya, Shane (Jack Reynor).
Menyentuh mengenai lakonan Mark Wahlberg, peranannya sebagai teraju utama tidak perlu dipertikaikan lagi. Pernah membintangi beberapa filem box-office seperti Three Kings (1999), The Italian Job (2003) dan The Departed (2006), genre aksi bukanlah 'makanan' baru buat aktor tersohor ini.
Selain Wahlbergh, barisan pelakon lain- Stanley Tucci, Nicola Peltz, Kelsey Grammer, Jack Reynor, Sophia Myles dan Li Bingbing, juga tidak kurang hebatnya. Masing-masing punya peranan dan bakat tersendiri bagi menjayakan filem robotik terhebat ini.
CGI lebih gempak
"Kami menggunakan kamera 3D yang baru bernilai berjuta dolar, bukannya menggunakan kamera 2D dan menukar formatnya kepada 3D. Saya lebih gemar menjalankan penggambaran di lokasi sebenar berbanding di set rekaan. Penggambaran di lokasi sebenar menghasilkan gambar yang sebenar!"
Demikian kenyataan Bay terhadap kesungguhannya menghasilkan sekuel terbaharu Transformers ini.
Merupakan antara filem yang berbajet besar di Hollywood, dengan jumlah kos mencecah sehingga 165 juta dolar (RM500 juta), maka tidak hairanlah Transformers menjadi filem robotik yang hampir sempurna dari segi teknik pengimejan berkomputer CGI. Setiap robot mahupun aksi yang dipaparkan dilihat sungguh realistik sehingga mampu 'memukau' sesiapa saja yang menontonnya.
Malah hampir keseluruhan cerita, sarat unsur suspens dan aksi, baik dari pertarungan robot mahupun antara manusia.
Menjadikan Washington dan China sebagai lokasi utama penggambaran, Transformers: Age of Extinction, turut membawa anda mengembara ke pelbagai lokasi- dari sebuah bandar canggih, kawasan pedalaman dan juga alam fantasi yang tidak dapat diterjemahkan akal fikiran.
Situasi ini pastinya membuatkan anda tidak akan berganjak dari tempat duduk!
TRIVIA
- Transformers adalah sebuah media francais popular tentang robot alien fiksyen ciptaan Hasbro. Mereka berasal dari planet Cybertron dan terdiri dari grup baik (Autobots) yang dipimpin oleh Optimus Prime/Rodimus Prime dan grup jahat (Decepticons) yang dipimpin oleh Megatron/Galvatron.
-Mereka memiliki kemampuan untuk berubah dan menyesuaikan bentuk yang ada di Bumi, seperti kenderaan darat, pesawat dan gajet moden termasuk telefon bimbit dan pita rakaman.
- Trademarks Transformers yang paling terkenal adalah 'More Than Meets the Eye dan Robots in Disguise'.
- Siri francais Transformers kebanyakannya merupakan versi original tahun 1984 yang disesuaikan dengan perkembangan zaman.
- Siri Transformers yang terbesar adalah Transformers: Generation 1, dalam bentuk seri TV dan komik yang dikarang oleh Marvel, dengan dua versi berbeza di Jepun dan Inggeris.
- Optimus Prime dipilih sebagai ikon utama Transformers dari Autobots, Malah turut dijadikan patung terbesar (setinggi 12 meter) di China. Sementara Megatron pula dinobatkan sebagai salah satu diktator paling lagenda dunia.
- Turut berdepan kontroversi tentang hak cipta karakter ( versi Jepun Vs AS) Walaupun dijual dengan nama yang sama, namun ketepatan rupa bentuk tetap berbeza.

Transformers: Age of Extinction
PENGARAH: Michael Bay
GENRE: Aksi, Pengembaraan, Fiksyen Sains
PELAKON: Mark Wahlberg, Nicola Peltz, Jack Reynor, Stanley Tucci, Kelsey Grammer, Li Bingbing, Sophia Myles dan T J Miller
TERBITAN: Paramount Pictures, Skydance Productions, Hasbro
DURASI: 2 jam, 35 minit
KLASIFIKASI: P13
TAYANGAN: 26 Jun 2014
KESELURUHAN: JOM TONTON! ****
--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment