LAMBAKAN filem-filem yang diadaptasi daripada novel
tidak menghalang penerbit-penerbit untuk terus menerbitkan sebuah karya
yang diadaptasi.
Terbaru, filem Deliver Us From Evil turut adaptasi daripada novel seram, Beware The Night dan mendapat sentuhan daripada Scott Derrickson.
Derrickson sebelum ini pernah mengarahkan filem seram, Sinister: Exorcism of Emily Rose.
Filem ini mengisahkan seorang detektif Irish Catholic NYPD, Ralph Sarchie (Eric Bana) yang berusaha memerangi kejahatan dari rasukan iblis yang telah menakutkan penduduk bandar New York.
Sarchie telah berjumpa dengan paderi yang mana telah menarik dia untuk bersama paderi itu untuk menyelesaikan kes itu dan memerangi kuasa-kuasa paranormal yang ada.
Deliver Us From Evil adalah sebuah lagi filem seram yang diadaptasi dari novel.
Mendapatkan sentuhan pengarah yang sebelum ini berjaya mengemudi sebuah filem seram iaitu, Sinister: Exorcism of Emily Rose, filem Deliver Us From Evil pula mempertaruhkan pelakon hebat seperti Eric Bana, Olivia Munn, dan turut dijayakan oleh pelakon hebat lain seperti Joel McHale, Sean Harris, serta Édgar Ramírez.
'Kegelapan' adalah metafora sesuai untuk penulis gambarkan mengenai filem ini kerana kebanyakan kejadian yang berlaku melibatkan waktu malam yang sinonim dengan kejadian-kejadian paranormal.
Maka tidak hairanlah untuk penulis katakan, hampir 80 peratus perjalanan filem in melibatkan kejadian yang berlaku pada waktu malam.
Pastinya kegelapan itu menimbulkan rasa keseraman yang tersendiri hingga membuatkan penonton mudah terkejut dengan kemunculan sosok yang menakutkan.
Perjalanan cerita ini bergerak dengan mudah difahami. Ia membawa penonton mengetahui latar belakang Ralph Sarchie sebagai pegawai polis yang disenangi dan disegani.
Ia kemudiannya membawa penonton melayari misteri yang mula tercetus di sebuah bandar besar dan terkenal - New York.
Pastinya pernah ada yang terfikir apa yang akan terjadi apabila rasukan terjadi di bandar-bandar besar dan imaginasi anda itu mungkin akan direalisasikan di dalam filem ini.
Misteri demi misteri dengan solekan yang menakutkan secara tidak langsung memberi rasa seram sendiri hinggakan ada jelingan yang akan membuatkan bulu roma anda berdiri.
Apatah lagi, dengan pergerakan kerja kamera dan syot-syot yang mendebarkan yang melatari filem ini dalam kebanyakan babak membuatkan penonton kurang dapat menghayatinya secara tenang kerana diselubungi rasa ketakutan.
Bana menyerlah!
Bukan itu sahaja, lakonan mantap Bana yang sebelum ini menyerlah dalam filem-filem besar seperti Hulk, secara tidak langsung 'mencantikkan' lagi filem ini.
Penghayatan watak, menerusi rasa bingung, pelik, misteri dan ketakutan berjaya di kemudi Bana dengan baik sekali.
Secara tidak langsung, penghayatan Bana telah berjaya menutupi kekurangan filem ini dan membuatkan penonton untuk terus setia bersama Bana hingga ke akhir jalan cerita.
Namun bagi anda yang meminati filem seram, jangan lupa menyaksikan Deliver Us From Evil di pawagam.

--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment