Sunday, 13 October 2019

7 Pekerjaan Paling Glamour di Malaysia

Berikut adalah 7 pekerjaan paling glamor di Malaysia. Boleh dikatakan hampir tiada orang yang tidak mengetahui tentang jawatan yang disenaraikan. Jom kita tengok apa jawatan-jawatan tersebut. Layann Jerr Laa.....

1. Jururawat

gambar beritaRTM

Berada di tempat pertama dalam ranking jawatan paling glamor dimana kita akan jumpa jururawat dimana-mana sahaja sama ada hospital kerajaan, hospital swasta, klinik desa, klinik kesihatan, di sempadan, di pintu-pintu masuk, di universiti-universiti. Boleh dikatakan jururawat amat penting kepada kita semua kerana mereka adalah orang yang pertama berurusan dengan kita sebaik saja kita dilahirkan di dunia ini. Ingat hospital Ingat Jururawat, Ingat jarum ingat jururawat. hehe.....


2. Tentera

gambar sinar harian

Tentera pun tak kurang glamornya berbanding jururawat sebenarnya. Budak-budak dulu kalau kita tanya bila besar nanti nak jadi apa, dah tentu antara jawapan paling banyak kita dengar adalah askar. Betul tak? Budak-budak sekarang 'try' tanya nak jadi apa?. Di sebalik glamornya tentera sebenarnya mereka memikul amanah yang sangat berat. Cuba bayangkan negara kita tanpa tentera... tentu huru-hara kan?. Senang-senang je negara lain nak ceroboh kita. Contoh terdekat adalah peristiwa Lahad Datu, Sabah. 


3. Bomba

gambar Utusan

Bomba banyak diperkatakan akhir-akhir ni. Dari sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah bomba akan sentiasa dilibatkan. Kucing tak dapat turun pokok panggil bomba, rumah masuk ular panggil bomba, apatah lagi jika berlaku kebakaran dan banjir. Bomba sentiasa sibuk hingga cuti pun jarang nak dapat tambah-tambah musim perayaan. Baru-baru ni sebagai menghargai sumbangan dan bakti serta kesusahan tugas-tugas bomba kerajaan telah mengumumkan elaun khas untuk anggota bomba sebanyak RM200. 


4. Juruterbang

gambar Remaja.my

Juruterbang  adalah porfesion paling diminati oleh kebanyakan orang tapi banyak syarat yang perlu dipatuhi untuk melayakkan kita menjadi seorang 'pilot'. Kalau kita ada kat airport dah tentu kita akan rasa kagum bila tengok 'pilot' lalu di hadapan kita. Kalau pompuan tu mesti 'cair' punya bila 'pilot' lelaki yang lengkap beruniform lalu depan korang kan?.


5. Doktor


Pekerjaan doktor memang tak dapat disangkal lagi keglamorannya. Bila depan nama dah ada title Dr. dah tentu orang akan beri penghormatan paling maksimum.


6. Polis

gambar free Malaysia today

Mana boleh tinggalkan jawatan polis dalam senarai pekerjaan paling glamor kan?. Bila beruniform abang-abang polis tentunya nampak segak bergaya. Cabaran dalam kerjaya polis juga tak dapat disangkal lagi. Banyak kes-kes seperti jenayah, dadah, jenayah cyber, jenayah kolar putih dan macam-macam lagi. Kalau tak ada polis alamat lingkup la kehidupan kita kan. Penjenayah semakin bijak melakukan jenayah, polis juga semakin bijak untuk menangani mereka. 


DAN..... paling dikenali adalah.....


7. Cikgu / Guru



Guru (Cikgu) ataupun dikenali juga sebagai pengajar atau pendidik, merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini, guru juga merupakan seseorang pakar dalam sesuatu bidang misalnya pengurusan guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuh pula dengan pengetahuan dalam bidang masing-masing. Sape yang baca ni kalau tak kenal cikgu boleh dah nak kena ketuk dengan senduk... :) 


Pekerjaan anda dalam bidang yang mana? ada tak dalam list diatas? kalau ada maknanya anda adalah orang glamour.... hehe

10 comments:

  1. cikgu, tanpa cikgu xde gak depa semua ni. pastu kebanyakkan manusia ni bersekolah msti jmpe cikgu dlu.yang xbersekolah pun tau pasal cikgu. xkanlah xtersenarai pulak.

    ReplyDelete
  2. Kenapa takde cikgu.. Cikgulah la membuat jasa pling besar.. Abg ku jd engnier.. Sdara ku jadi polis.. Sepupu ku doctor.. Dan tk terkira jasa cikgu.. Tnpa cikgu tk bolh admin tulis bloger n baca fbook..

    ReplyDelete
  3. Napa tak tulis security guard paling low class?aku tengok time pkp takde 1 pun yg ucap tq pada guard...hmmm...nak buat mcmana dah nasib kami kot����������

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Kenapa cikgu x ada...Cikgu la yang mempunyai jasa banyak sebab kalau Cikgu X ada ...Polis,pilot semua tu X akan ada...Sebab Cikgu yang mengajar kita jadi manusia yang berguna dan berjaya

    ReplyDelete
  7. Semua org popular x kisah kerja apapun.. semua pakar dlm bidang masing2...jgn kecam bidang kerja org lain...

    ReplyDelete
  8. Semua perkerjaan itu ade kepentingan, peranan dan tanggungjawab masing²,semua membantu untuk memenuhi keperluan utk pelbagai agensi.. Tanpa pihak tertentu mana membantu pihak d hadapan..

    ReplyDelete

Berita Terpilih dari BERNAMA - Malay Version