Wednesday 9 October 2019

David Beckham


  • David Beckham merupakan bekas pemain bola sepak pasukan kebangsaan England.
  • Nama David Beckham juga tercatat sebagai bekas pemain untuk beberapa pasukan bola sepak ternama antaranya adalah Manchester United (Liga Inggeris), Real Madrid (La Liga, Sepanyol), AC Milan (Sirie A, Itali), LA Galaxy (Liga Amerika Syarikat), Paris Saint-Germain F.C. atau dikenali sebagai PSG (Ligue 1, Perancis).
Bersama Manchester United
  • David Beckham merupakan seorang pemain yang bermain di posisi Attacking Midfielder dan merupakan seorang Play-Maker yang sangat digeruni. 
  • Hantaran-hantaran David Beckham juga sangat mengagumkan. Dengan kata lain jika anda adalah seorang penyerang, anda cuma perlu tunggu bola sampai di kaki sahaja, seterusnya terserah kepada anda sama ada anda boleh atau tidak untuk menjaringkan gol. Anda kenal Ruud van Nistelrooy?. Hehe. Ruud van Nistelrooy merupakan seorang pemain di posisi penyerang yang bertuan kerana banyak bergandingan dengan beckham.
Real Madrid
  • Kemampuan David Beckham untuk menjaringkan gol dalam situasi bola mati juga tidak dapat disangkal. Perkara yang amat ditakuti oleh penjaga gol adalah berhadapan dengan tendangan penalti dan sepakan percuma David Beckham. David Beckham juga melanjutkan latihannya melebihi pemain-pemain lain dan sentiasa memperbaiki skill tendangan sepakan percuma.
  • David Beckham berjaya meraih gelaran kejuaraan di empat negara yang berbeza iaitu di Liga Inggeris, England, di Sepanyol, Amerika dan Perancis.
AC Milan

  • Penampilan pertama beliau untuk pasukan utama Manchester United adalah ketika berusia 17 tahun. 
  • Penampilan pertama untuk karier antarabangsa David Beckham adalah ketika berusia 21 tahun pada 1996.
PSG

  • Antara kejohanan tertinggi yang pernah disertai olehnya adalah pada piala dunia 1998, 2002, 2006 dan 2 edisi Piala Eropah iaitu pada tahun 2000 dan 2004.
  • David Beckham juga dinobatkan sebagai salah seorang pemain terbaik dunia dalam sejarah sukan bola sepak sepanjang zaman. 
  • Pada tahun 1999 David Beckham menamatkan zaman bujang untuk berkahwin dengan model jelita dan penyanyi kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Adams (Victoria Beckham).
Penampilan untuk England

  • Biodata David Beckham:-
    • Nama: David Robert Joseph Beckham
    • Tarikh Lahir : 02.05.1975
    • Tempat Lahir: London, England
    • Tinggi: 183 cm
    • Sukan: Bola Sepak
    • Posisi: Attacking Midfielder

No comments:

Post a Comment

Berita Terpilih dari BERNAMA - Malay Version