Akmal Rizal Ahmad Rakhli
- Untuk peminat Akmal Rizal Rakhli kami cuba bawakan serba sedikit maklumat tentang beliau. Walaupun dah gantung but, Akmal Rizal masih aktif dalam sukan bola sepak dengan menjadi pengulas atau terlibat dalam klinik-klinik bola sepak untuk mencungkil bakat muda.
- Berasal dari Jitra, Kedah dan pernah berkelana ke luar negara untuk bermain di kelab RC Strasbourg (Liga Perancis) dan seterusnya dipinjamkan ke kelab FCSR Haguenau. Namun tidak bertahan lama dan pulang kembali ke pangkuan Kedah FA.
- Antara pasukan Liga Malaysia (selain Kedah) yang pernah diwakili oleh beliau adalah Selangor, Kuala Muda Naza FC, Kelantan, Perak, Sarawak dan Kedah United.
- Akmal Rizal juga dikenali sebagai antara penyerang terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia.
- Kecederaan demi kecederaan yang dialami sedikit merencatkan perkembangkan kerjaya bola sepak beliau dan ini menyebabkan nama beliau sedikit tenggelam berbanding pemain penyerang seangangkatan dengan beliau yang lain antaranya Indraputra, Khalid Jamlus, Amri Yahyah dan Shukor Adan.
- Liga Malaysia 2010, Akmal Rizal bersama pasukan Kelantan FA. Akmal kembali menemui rentak dan nama beliau sering disenaraikan sebagai sebagai penyerang utama. Gandingan Akmal bersama Hairuddin Omar, Norshahrul Idlan dan Badhri Radzi dianggap gandingan yang mantap pada musim tersebut dan pasukan Kelantan berjaya menjadi naib juara Liga Super dan menjuarai Piala Malaysia.
- Untuk liga Malaysia musim berikutnya (2011) Akmal memilih untuk bersama pasukan Perak.
- Pencapaian Akmal:-
- Juara Liga (bersama pasukan Kedah) - 2002, 2005/06
- Juala Piala Malaysia (bersama pasukan Kelantan) - 2010
No comments:
Post a Comment