Friday 31 July 2009

Transformers bakal filem terhangat 2009

ARKIB : 29/06/2009
PELAKON utama filem Transformers: Revenge of the Fallen, Megan Fox semasa tayangan perdana di Moscow, Rusia pada 16 Jun lalu. - REUTERS 

LOS ANGELES 28 Jun - Siri kedua Transformers kini berpeluang menjadi filem paling hangat tahun ini selepas mendapat kutipan tiket setinggi AS$126 juta (RM445 juta), jauh lebih banyak berbanding jangkaan awal dalam tiga hari pertama tayangan di Amerika Utara, menurut kenyataan Paramount Pictures semalam.
Transformers: Revenge of the Fallen, susulan kepada filem pertamanya pada 2007, semakin mencabar kedudukan susulan Batman, The Dark Knight, yang mencatatkan kutipan lima hari pertama setinggi AS$203.8 juta (RM720 juta).

Kutipan tertinggi untuk tahun ini dipegang oleh Star Trek yang mengutip AS$244 juta (RM862 juta) dalam masa tujuh minggu tayangan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Gambaran sebenar kutipan Transformers akan diperoleh hari ini apabila studio milik Viacom Inc. menganggarkan jualan hujung minggu.

Awal minggu ini, Paramount meramalkan kutipan sebanyak AS$130 juta (RM459 juta) hingga AS$150 juta (RM530 juta).

Namun pakar dalam industri menjangka kutipan akan mencecah sekurang-kurangnya AS$175 juta (RM618 juta). Filem ini dilaporkan menelan belanja AS$200 juta (RM706 juta) dalam pembikinan.
Kutipan AS$126 juta (RM445 juta) itu adalah hasil jualan dari Rabu ke Jumaat. Sebanyak AS$60.6 juta (RM214 juta) pada hari pertama, mengalahkan kutipan AS$44 juta (RM155 juta) pada hari pertama filem Harry Potter and the Order of the Phoenix pada 2007.

Filem itu mula menemui penonton di seluruh dunia Rabu lalu, namun tayangan dimulakan lebih awal hujung minggu lalu dimulai dengan Britain dan diikuti dengan Jepun. - Reuters

--- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Berita Terpilih dari BERNAMA - Malay Version