IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Juara bertahan, Australia, mempamerkan
prestasi mengagumkan untuk menewaskan juara Piala Asia, Korea Selatan,
dalam perlawanan keempat mereka pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan
Shah Ke-23 di Stadium Azlan Shah di sini, malam ini.
Kemenangan itu membolehkan Australia menempah tempat dalam peringkat akhir pada Ahad ini walaupun perlu berdepan Malaysia pada Sabtu.
Sebelum pertemuan hari ini, Australia dan Korea Selatan sedar bahawa kemenangan perlawanan itu menjamin tempat ke peringkat akhir.
"Korea Selatan adalah pasukan yang bagus dan kami sedar mereka mahukan kemenangan daripada perlawanan ini. Namun, pemain kami memberikan saingan yang kukuh terutamanya barisan pertahanan.
"Dua pemain cedera tetapi kami bersedia untuk bertemu Malaysia pada Sabtu ini," kata jurulatih Australia Ric Charlesworth selepas perlawanan itu.
Australia menjaringkan gol pertama menerusi Trent Mitton pada minit ke-10.
Juara Piala Asia itu pula menjaringkan gol menerusi sudut penalti oleh Jang Jong Hyun pada minit ke-32.
Beberapa saat kemudian, Nicholas Budgeon menjaringkan gol kedua untuk meletakkan "Kookaburras" kembali mendahului.
Dalam separuh kedua, Australia semakin agresif untuk menjaringkan gol namun dapat ditepis Korea Selatan.
Selepas tiga cubaan, Australia akhirnya menambah jaringan pada minit ke-58 menerusi Jeremy Hayward sebelum wira pasukan itu, Mark Gohdes menjaringkan dua gol pada minit ke-63 dan ke-70 untuk memastikan tempat Australia di peringkat akhir.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment