Nissan Almera
EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) rasmi
melancarkan Nissan Almera Baharu yang ditambah baik (Facelift) dengan
penggayaan berani dan penampilan lebih dinamik.
Sejak diperkenalkan pada Oktober 2012, lebih dari 56,000 unit Almera di
atas jalan. Antara penambahan yang dilakukan pada Almera baharu itu
ialah bampar hadapan, gril hadapan tiga dimensi, lampu utama
multi-reflektor, perumah lampu kabus dengan kemasan krom, lampu isyarat
membelok pada cermin sisi dan rim aloi berjejari-Y bersaiz 15 inci.
Semua ciri baharu itu digabungkan bersama kemasan krom, garis-garis yang kemas serta bahagian sisi lebar yang menjadikan Almera sebuah sedan yang bergaya dan elegan.
Pada bahagian kabin turut menerima perubahan yang mana Almera kini dilengkapi dengan stereng baharu dengan butang kawalan audio, Fine Vision Meter bersama Paparan Multi-Maklumat (MID) dan konsol tengah yang direka semula serta kemasan hitam piano yang premium.
ETCM juga menawarkan sistem Navigasi Media berasaskan Android dengan skrin bersaiz 6.5 inci yang pertama dalam segmennya. Sistem itu menawarkan ketersambungan internet bersama Sistem Kedudukan Akustik Maya (Virtual Acoustic Positioning System (VAPS), kamera pandang belakang, iPod, USB dan Bluetooth.
Bagi model baharu tersebut, pihak ETCM menawarkan tiga pilihan pakej iaitu Elegance pada harga RM750, Navi bersama pemain DVD (RM6k) dan Navi bersama sambungan internet (RM7k).
Selain itu, pengguna yang menginginkan penampilan yang lebih sporty dan meningkatkan pengalaman pemanduan boleh memilih pakej pakej Nismo Performance atau Nismo Aero pada harga masing-masing RM14k dan RM9k.
Pakej Nismo Performance merangkumi bampar spoiler hadapan dan belakang, skirting sisi, spoiler but belakang, rim aloi bersaiz 16 inci dengan tayar Continental, peredam ekzos sports serta sistem suspensi berprestasi tinggi. Sementara Nismo Aero menawarkan pakej sama seperi Nismo Performance kecuali Sistem Suspensi Berprestasi dan peredam ekzos.
Lebih menarik, sempena ulang tahun Nismo yang ke-30, ETCM menawarkan diskaun ke atas pakej-pakej Nismo dengan setiap pembelian Almera Baharu. Para pelanggan juga boleh menikmati diskaun tambahan daripada Pakej Elegance, Pakej Navi dengan pemain DVD, dan Pakej Navi dengan ketersambungan internet dengan Almera Baharu.
Almera Baharu boleh didapati dalam varian E (Manual dan Automatik), V serta VL dengan lima warna pilihan; biru, hitam, emas, putih dan perak. Dengan penambahbaikan ini, Nissan Almera Baharu ditawarkan pada harga RM 66,900 bagi varian E Manual, RM69,900 (E Automatik), RM 76,900 (V) dan RM 79,900 (VL).
Nissan Almera baharu kini boleh didapati di bilik pameran Nissan seluruh negara. Orang ramai juga dijemput untuk melihat Nissan Almera Baharu dengan mengunjungi siri jelajah Nissan yang akan diadakan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara dari 8 Januari 2015.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.

--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment