Sedutan video yang dirakam Greg Hunter yang menunjukkan seekor ikan keli bermata tiga.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki mendakwa merakam penemuan
seekor ikan keli bermata tiga yang dipancing oleh seorang pemancing di
Brooklyn kelmarin.
Greg Hunter memberitahu ABC News bahawa ikan bermata tiga dipancing
oleh seorang lelaki lain di terusan Gowanus yang dilaporkan tercemar.
"Saya sentuh mata ikan tersebut. Mata ketiganya lembik dan seperti dijangkiti katarak," kata Hunter.
Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York yang menonton video tersebut
berkata, keli tersebut 'tidak bermata tiga' namun mengakui mereka
mungkin tersilap.
"Ia kelihatan seperti satu parut di bahagian cranial foramen ikan tersebut.
"Ada satu jangkitan bakteria dikenali sebagai Enteric Septicemia of
Catfish (ESC) dan ia merosakkan tisu otak dan boleh meninggkalkan parut
berlubang," kata John Waldamn, seorang ahli biologi.
Waldman berpendapat penemuan tersebut adalah satu penipuan.
Hunter pula tetap mengatakan ikan keli tersebut bermata tiga.
"Kalau ia adalah satu penipuan, maknanya saya juga ditipu (oleh pemancing)," kata Hunter.
Difahamkan, ikan keli tersebut sudah dibunuh dan dimakan.
--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment