TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Penduduk sekitar Sugar Land gempar selepas
seekor buaya dengan berat 363 kilogram ditemui berkeliaran di luar
sebuah pusat membeli belah di sini.
Buaya tersebut yang ditemui oleh pekerja di pusat membeli belah berkenaan dipercayai datang dari sungai berhampiran.
Seorang pakar haiwan itu, Christy Kroboth dipanggil untuk membantu menangkap buaya itu.
Pakar buaya, Christy Kroboth telah dipanggil untuk membantu menundukkan Godzilla dan menangkapnya.
Christy berkata, sebaik saja buaya itu ditangkap, sebuah forklift
terpaksa digunakan untuk mengangkat buaya itu ke dalam sebuah trak.
"Buaya itu mempunyai kecacatan buta di sebelah mata dan hanya mempunyai
penglihatan yang terhad dan dihantar ke pusat penjagaan buaya di sana,'
katanya dipetik AP.
--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment