Hassan Nasrallah. - Foto Reuters
BEIRUT: Pemimpin pergerakan Hizbullah memberi amaran kepada tentera Israel supaya bersiap sedia berhadapan tindak balas selepas rejim Zionis itu melancarkan serangan dron ke ibu negara Lubnan semalam.
Hassan Nasrallah juga berikrar akan menembak jatuh mana-mana dron Israel di ruang udara Lubnan.
Beliau berkata demikian susulan serangan tengah malam semalam, didakwa dilancarkan tentera Israel yang mengorbankan dua anggota pertubuhan Hizbullah di Syria.
Beliau berkata, serangan nekad oleh dron Israel sebelum subuh semalam di selatan Beirut yang dikuasai Hizbullah bertujuan mensasarkan sasaran tertentu.
Satu dron jatuh dan yang kedua meletup berhampiran darat dan menyebabkan beberapa kerosakan pusat media Hizbullah.
Nasrallah berkata, Hizbullah tidak menembak jatuh dron itu.
Israel berdiam diri mengenai kejadian membabitkan dron itu.
Ia berkata, serangannya di Syria malam kelmarin menghalang serangan dron diketuai Iran ke atas Israel.
Nasrallah berkata, serangan itu adalah yang pertama dilancarkan Israel di Lubnan selepas perang berpanjangan pada 2006 antara Israel dan Hizbullah di Lubnan.
“Ia menandakan pelanggaran jelas, besar, bahaya terhadap persetujuan yang dirangka pada 2006 selepas konflik berakhir.
“Jika pelanggaran ini dibiarkan, ia akan membuka jalan bahaya kepada Lubnan,” katanya. — Reuters
- Berita Harian
No comments:
Post a Comment