Wednesday 30 October 2019

Kelantan United layak ke saingan Liga Premier 2020

Tarikh kemaskini: 28/10/2019

gambar Berita Harian


KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Kelantan United layak ke Liga Premier musim depan selepas muncul juara Liga M3 dengan mengalahkan wakil Kedah Glory United FC 5-0 di Stadium LADA, Langkawi, malam ini.

Kelantan United telah mengumpul 65 mata setelah beraksi 25 perlawanan, berkelebihan 12 mata ke atas pencabar terdekat, Kuching FA.

Pada aksi di Langkawi, Alfusainey Gassama muncul wira pasukan Kelantan United setelah meledak empat gol, masing-masing pada minit ke-14, 27, 76 dan minit ke-86, demikian menurut laman Facebook rasmi Kelantan United.

Satu lagi gol pasukan pelawat disumbangkan oleh Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi pada minit ke-52.

Satu lagi slot ke Liga Premier 2020 bakal ditentukan oleh pemenang perlawanan kalah mati melibatkan pasukan yang menduduki tangga terakhir Liga Premier 2019 dengan naib juara Liga M3.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Berita Terpilih dari BERNAMA - Malay Version