Tuesday 8 October 2019

RESEPI PAU AYAM



BAHAN INTI:


  • 1kg isi ayam (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 5 sudu makan sos cili
  • 5 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan gula (boleh kurang @ tambah)
  • 1 sudu teh garam (secukup rasa)
  • 1 sudu teh perasa (kalau x suka, x payah bubuh)
  • 2 sudu makan tepung jagung (campurkan dgn sedikit air)
  • sedikit minyak utk menumis



CARA:
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang putih sehingga wangi, kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu. Tumis sehingga bawang besar kelihatan layu.
  • Masukkan isi ayam. Kacau sehingga rata. Biarkan air dari isi ayam keluar. Masak dengan api sederhana.
  • Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau hingga sebati.
  • Setelah air mula mengering masukkan kicap pekat. Kacau rata. Masukkan garam, perasa dan gula.

  • Setelah ayam sudah masak, masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air utk memekatkan kuah ayam. Gaul rata, tutup api dan biarkan sejuk.




BAHAN DOH:
  • 1kg tepung gandum
  • 200g gula
  • 11g instant yeast
  • 10g baking powder
  • 2 sudu makan lemak sayuran (shortening)
  • 500ml air



Cara membuat :
  • Campurkan tepung, gula, yis, dan baking powder.
  • Gaulkan sehingga semua bahan sebati.
  • Masukkan lemak sayuran. Gaul dengan tangan sehingga sebati.
  • Buat lubang ditengah-tengah (2). Masukkan air. Uli doh sehingga rata dan licin menggunakan tangan.
  • Biarkan doh kembang selama 30 minit.
  • Bahagikan doh kepada 20 bahagian. ( jika mahu buat pau yang lebih kecil, boleh bahagikan doh kepada 40 bahagian).
  • Canaikan doh yang telah dibahagikan tadi. Masukkan inti dan bentukkan. Buat satu persatu sehingga habis.
  • Biarkan lagi selama 15 minit.
  • Kukus pau selama 10 minit.



Tips:


  • Jangan tutup tudung periuk kukus terlalu rapat untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas pau.
  • Jangan biarkan pau kembang terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan doh pau yang dibuat bertukar kekuningan. (tidak putih) Untuk memastikan pau sudah masak, tekan perlahan pau dengan jari, sekiranya pau yang ditekan tenggelam maksudnya pau belum masak. Jika sudah masak pau tersebut akan kembali seperti bentuk asal bila ditekan perlahan.

2 comments:

  1. Terima kasih resepi. Sy sedang Cuba resepi ni. Diharap me jadi lh. Sebab bbrp resepi dicuba tp kdg dpt Pau yg keras

    ReplyDelete

Berita Terpilih dari BERNAMA - Malay Version