Tuesday, 8 October 2019

5 Hadiah Kesukaan Lelaki


Hari ulangtahun suami anda dah tiba? Ingin memberi hadiah kepada teman lelaki anda? Anda berada di entri yang tepat untuk dijadikan panduan kepada anda. Seperti yang kita tahu, semua orang suka dapat hadiah, tak terkecualilah lelaki. Cuma yang menjadi persoalan hadiah apakah yang menjadi idaman dan kesukaan lelaki? Mari kita ikuti entri ini dengan lebih lanjut lagi.

Jam Tangan

Jam Tangan

Jam tangan merupakan salah satu aksesori yang wajib bagi lelaki zaman sekarang. Bukan sahaja atas dasar fungsinya untuk melihat masa sahaja tetapi jam tangan mampu membuatkan si pemakai berkeyakinan tinggi dalam penampilan.

Rasanya tidak salah penulis mengatakan pada zaman sekarang, jam tangan juga boleh ditambah sebagai salah satu item fesyen bagi kaum lelaki.

Pelbagai jenis pilihan jam terdapat di pasaran. Ada yang bertali besi sehinggakan ada yang mampu dibawa ke dalam kolam renang untuk memastikan kegunaan jam tidak terbatas untuk aktiviti di pejabat sahaja.

Jika ingin memberikan hadiah jam tangan kepada pasangan anda, penulis sarankan anda menyelidik dahulu apakah hobi pasangan anda.. Paling tidak pun lihat jam yang pernah dimiliki pasangan anda untuk memastikan jam yang anda pilih bersesuaian dengan hobi dan minat mereka..

Gadget Terkini

Gadjet Terkini

Sekarang telah menjadi trend gadjet dijadikan hadiah kepada pasangan. Walaupun kedengaran gadjet itu adalah sesuatu yang harganya agak mahal, tetapi gadjet tetap salah satu hadiah yang popular dan menjadi kesukaan lelaki pada masa kini.

Berpadananlah dengan harga yang amat mahal, lelaki akan merasa lebih dihargai kerana ada yang sanggup menhadiahkan mereka dengan barang yang mahal. 

Antara gadjet yang popular dan dijadikan hadiah untuk lelaki ialah smarphone, permainan konsol seperti PS4, kamera dan banyak lagi. 

Dompet

Dompet lelaki


Menjadi kebiasaan seorang lelaki. Walaupun barang mereka telah rosak, selagi masih boleh digunakan, selagi itulah mereka akan gunakan. Tidak kiralah koyak ataupun kelihatan lusuh. Contoh yang paling tepat bagi kenyataan tadi adalah dompet lelaki.

Walaupun dompet dah terkoyak, kulit dompet mengelupas, mereka akan tetap memakainya kerana masih lagi boleh diapakai untu menyimpan wang kertas.

Pada waktu inilah yang sesuai untuk anda hadiahkan dompet kepada lelaki. 

Perfume

Perfume Lelaki

Idea ini memang klasik tetapi masih realistik pada masa kini. Perfume juga adalah merupakan salah satu hadiah yang juga sangat disukai oleh lelaki. Lebih-lebih lagi perfume yang mahal sikit dan yang jenis imported dari luar negara.

Anda akan memperoleh manfaat dua hala dari pemberian hadiah ini. Kenapa saya kata begitu? Kepada kaum lelaki sudah tentulah akan berasa bangga dan seronok kerana memakai perfume yang mahal. Kepada kaum wanita pula, anda dapat menghidu bau-bauan yang wangi dari pasangan anda yang akan membuatkan mood anda sentiasa cool. Itu pun kalau lelaki itu memakai perfume itu untuk keluar dengan andalah.. Hihihi..

Kebenaran melakukan sesuatu


Mungkin anda rasa "hadiah" yang terakhir ini lawak. Tetapi lelaki zaman moden sekarang ini sangat memerlukan hadiah jenis yang ini.

Jika teman lelaki atau suami anda mempunyai hobi memancing. Berikanlah kebenaran untuk dia memancing kerana kebenaran itu adalah merupakan hadiah yang dia paling ditunggu-tunggu oleh si dia.

Sama juga dengan teman lelaki anda yang suka pergi ride motor ni. Jangan sekat untuk dia melakukan hobinya. Dengan tanpa sekatan anda si dia akan jadikan hadiah yang paling bernilai dalam hidup dia. Mana la nak tahukan.


Okay, itu saja panduan kali ini. Selamat memberi hadiah.. 

No comments:

Post a Comment

Berita Terpilih dari BERNAMA - Malay Version