Thursday, 28 November 2019

Dua import baharu TFC bakal tiba minggu hadapan

Tarikh kemaskini: 27/11/2019



KUALA NERUS, 27 Nov -- Dua pemain import dari benua Afrika akan tiba di negeri ini Selasa depan bagi memulakan musim baharu Liga Malaysia (Liga M) bersama Terengganu FC (TFC).

Jurulatih Nafuzi Zain berkata pemain tersebut akan mengisi posisi pertahanan dan penyerang yang ditinggalkan oleh bekas pemain import kelahiran Ivory Coast, Kipre Tcehtche yang telah menolak kontrak baharu bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PNSNT) bagi musim 2020.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti dua pemain tersebut yang berasal dari negara sama.

"Mereka akan tiba di Terengganu pada Selasa atau selewat-lewatnya minggu pertama Disember ini untuk memulakan latihan bersama pasukan pada 5 Disember depan.

"Saya belum boleh umumkan identiti mereka kerana perlu selesaikan dahulu urusan dokumentasi," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Sebelum ini beberapa portal berita bola sepak tempatan turut mengaitkan beberapa pemain luar negara seperti Dominique Da Silva, bek tengah kelahiran Guinea, Fode Camara dan bekas pemain pertahanan Terengganu, Vincent Bikana dengan TFC.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Berita Terpilih dari BERNAMA - Malay Version