Wednesday, 17 August 2022

Menjana Pendapatan di TikTok Tanpa Modal | Program Affiliate TikTok



TIKTOK SEBAGAI MEDIUM MENJANA PENDAPATAN

TikTok adalah salah satu media sosial dengan jumlah pengguna tertinggi dan menjadi tren dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Bukan sahaja untuk berkongsi detik-detik berharga, TikTok juga boleh digunakan sebagai tempat menjana pendapatan dari internet yang mungkin wajib anda cuba. Sesuai untuk anda yang nak minat berniaga, tapi tiada barang atau stock ditangan. Program yang diumumkan secara langsung daripada TikTok dipanggil TikTok Affiliate. Program TikTok Affiliate ini ialah kaedah yang menghubungkan penjual dan pembeli dan saling menguntungkan kedua-duanya. Jika anda tidak tahu apa itu program TikTok Affiliate dan cara ia berfungsi, dalam artikel ini anda akan mendapat serba-sedikit maklumat untuk membolehkan anda faham apa itu Affiliate TikTok. 

Tak sabar nak tahu? Jom saya cerita serba-sedikit!


APA ITU TIKTOK AFFILIATE

Melihat kepada situasi semasa,  TikTok Affiliate telah membuka satu lagi dimensi baru kepada penggunanya. Affiliate TikTok ialah satu program yang menghubungkan antara creator dan penjual supaya ia memberi manfaat atau situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak. Sistem affiliate ini bermula dengan creator yang menyertakan pautan dalam kandungan video yang dibuat. Kemudian, jika ada pengguna yang mengklik pautan pada video dan membuat transaksi pembelian melalui pautan berkaitan, maka creator akan mendapat komisen daripada program affiliate ini sementara penjual dapat menjual produk mereka.

Anda ada akaun TikTok tak? Jika anda pernah melihat butang troli TikTok berwarna kuning pada video yang lalu depan mata, itu adalah salah satu tanda program affiliate yang dilakukan oleh creator. Apabila anda membeli produk melalui bakul kuning di TikTok, itu dikira sebagai transaksi melalui program TikTok Affiliate.


SYARAT TIKTOK AFFILIATE

Terdapat syarat untuk mendaftar pemasaran TikTok Affiliate yang perlu anda penuhi. Jika syarat ini tidak dipenuhi, kemungkinan besar anda tidak akan dapat menyertai program ini.

Buka Akaun TikTok Shop

Syarat wajib untuk membolehkan anda menyertai program TikTok affiliate adalah dengan membuat kedai TikTok (TikTok Shop). Kedai TikTok adalah platform jualan yang disediakan secara rasmi oleh TikTok lengkap dengan ciri untuk membuat pembelian bagi mempromosikan produk yang dijual. Ciri ini cukup lengkap dan patut dicuba terutamanya untuk pemilik perniagaan. Dalam program gabungan TikTok, akaun kedai TikTok ini dikehendaki menjadi media jualan, walaupun ia bukan produk yang anda buat atau hasilkan sendiri. Selepas mendaftar kedai TikTok, barulah anda boleh meneruskan program pemasaran TikTok affiliate.


So macam mana? dah faham sikit-sikit kan? sekarang dah boleh cuba buka TikTok Shop. Manakala sesiapa yang tak ada akaun TikTok boleh dah nak buka sekarang ni kan. Jika anda seorang creator dan akaun ada dah ada ramai pengikut, ambil peluang sekarang untuk menjana pendapatan tanpa modal. cuma promosi produk di content anda dan akan dapat komisyen.


No comments:

Post a Comment

Berita Terpilih dari BERNAMA - Malay Version