Camry untuk eksekutif
Sejak mula diperkenalkan di pasaran negara pada 1994, Toyota Camry
telah mencatat pelbagai kejayaan dan membina reputasi teguh atas
kualiti, ketahanan, kebolehpercayaan, dan reka bentuk.
Sehingga hari ini, lebih daripada 96,000 unit Toyota Camry telahpun terjual dan menjadi model paling laris dalam segmen Kenderaan Penumpang Bersaiz Pertengahan di Malaysia sejak 2006 dengan penguasaan pasaran 47 peratus.
Merancakkan lagi segmen sedan mewah, UMW Toyota Motor Sdn Bhd memperkenalkan Toyota Camry serba baru menerusi tiga pilihan varian- 2.5V, 2.0G dan 2.0E. Varian tertinggi 2.5V menawarkan enjin baru 2.5 liter dengan padanan transmisi automatik enam kelajuan, manakala 2.0G dan 2.0E dilengkapi enjin 2.0 liter bersama gear automatik sequential shift.
Sesi pandu uji kali ini, Pemotoran menerima unit Camry 2.5 liter. Dari segi rekaan luaran, Toyota mengambil inisiatif menawarkan rupa luaran daripada tema Rational Tech Dynamism dengan imej yang lebih sporty. Jika sebelum ini ada mengatakan rekaan Camry lebih kepada citarasa mereka yang lebih berusia, mungkin anda perlu fikirkan semula.
Camry sentiasa cuba untuk mengetengahkan sebuah kereta yang sempurna baik sehinggalah kepada generasi ketujuh ini. Tetapi mencadangkan ia kepada yang lain seolah anda mengesyorkan seseorang untuk memiliki sebuah jentera yang tidak menambat hati.
Camry memenuhi keperluan asas, tetapi terdapat banyak pilihan yang lebih menarik di luar sana. Itulah sebabnya kali ini saya berterima kasih kepada Toyota yang akhirnya memberi Camry 2012 sedikit personaliti dan saya boleh mengesyorkan Camry tanpa perlu mendengar kritikan kurang membina dari rakan lain.
Rekaan hadapan Camry mungkin kelihatan sama dengan generasi sebelumnya tetapi sebenarnya Toyota telah mereka semula bahagian hadapan untuk memberikanpenampilan yang lebih agung!. Seakan kulit hadapannya telah ditarik ketat ke tulang, seolah-olah ia menjalani pembedahan plastik secara mendalam.
Lampu hadapan yang tirus segaris dengan bahagian gril meningkatkan imejnya ditambah dengan reka bentuk gril hadapan yang memberi tanggapan pergerakan sisi untuk rasa yang lebih lebar.
Bersama dengan bonet tinggi ia memberikan penampilan teguh. Kabin dipertingkatkan tetap lapang Malah, pakej kabin yang ditawarkan tetap lapang dan selesa. Ia dicapai dengan menyemak semula penyampaian dalaman untuk mengambil kesempatan penuh kabin yang diperbesarkan dan mereka bentuk semula beberapa komponen.
Bukan itu sahaja, ruang lutut bahagian belakang turut dipertingkatkan untuk memberi ruang merehatkan kaki dengan selesa. Seorang rakan dengan ketinggian 175 sentimenter turut memuji kerana beliau boleh duduk dengan selesa dan merehatkan kaki dengan tawaran ruang yang luas.
Tidak lupa, wanita sering menyimpan koleksi kasut di dalam kereta, aha jangan bimbang anda sebenarnya mampu menyusun tiga pasang kasut dan mungkin empat dengan ruang yang luas di kiri dan kanan lantai (bergantung pada saiz kaki anda).
Papan pemuka Camry 2012 pula tampil baru tiga dimensi dengan tekstur berbeza dan benang jahitan yang dapat dilihat menyerlahkan rupa eksklusif. Walaupun material telah dipertingkatkan, ada material seperti kemasankayu yang dibuat daripada plastik sungguh tidak meyakinkan dan kelihatan begitu murah tidak setanding dengan imejnya sebagai kereta eksekutif.
Secara peribadi, bahagian kabin masih kelihatan seperti citarasa Pak Cik. Butang audio dan Bluetooth serta fungsi MID (multi info display) semuanya di hujung jari apabila diletakkan pada permukaan stereng.
Tetapi skrin sentuh 6.1 inci diletakkan pada kedudukan yang sukar dibaca oleh pemandu dan anda memerlukan pembantu menyentuh skrin audio dan navigasi di bahagian tengah papan pemuka.
Jimat minyak lebih pantas Unit pandu uji 2.5 liter didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris DOHC dengan Dual VVT-i yang menghamburkan kuasa 181PS dan kilas 231Nm bersama transmisi enam kelajuan automatik dan tidak lupa varian ini juga didatangkan dengan butang start\stop.
Tidak berkesempatan untuk memandunya jauh dari bandar raya, saya merasakan Camry memberikan pecutan yang baik dengan enjin empat silinder, penukaran gear yang lancar dan pengendalian enak serta begitu tenang mencelah kesibukkan bandar Kuala Lumpur.
Ia ditakdirkan untuk pemanduan selesa sama ada berulang alik setiap hari atau perjalanan yang panjang dan bukannya sebuah jentera prestasi dan saya ok dengan itu. Jika anda sedang mencari kereta meriah dan menarik anda perlu memandu uji Mazda 6 dan Suzuki Kizashi kerana lebih ke arah prestasi.
Tidak bagi Camry, ia dibina untuk keselesaan. Bagaimanapun, suspensi Camry agak keras seakan sebuah kereta sporty bukannya kereta eksekutif. Duduk di bahagian belakang terasa sedikit bumpy. Kali ini juga Toyota beralih kepada bantuan stereng kuasa elektrik bukan sahaja memudahkan kawalan dan begitu responsif.
Pendek kata tidak perlu bekerja keras mengemudi kereta apatah lagi ketika memakir. Selain itu, Camry juga melakukan penambahbaikan terhadap penyerapan bunyi untuk ruang kabin senyap. Entah mengapa ia tidak terjadi pada saya. Ketika memecut laju, saya masih mendengar bunyi angin dari dalam.
Pada pendapat saya pesaing terkuat Camry datang dari Korea dalam bentuk Hyundai Elantra dan Kia Optima yang serupa di bawah kulit tetapi agak berbeza dalam watak. Agak kagum dengan Camry baru - Ya, ia sedikit bosan, tetapi apa yang kurang gembira dalam gaya dan nilai. Kini, Camry sentiasa menjadikan sebuah kereta yang berkualiti.
--- SINAR HARIAN

No comments:
Post a Comment