Honda Civic
Reka bentuk Civic hidrid yang dipertingkatkan dengan teknologi pintar
Honda Civic kini sudah pun tiba ke generasi ke-9 sejak generasi pertama
diperkenalkan pada 1972. Setiap pengenalan model Civic, ia mengalami
perubahan berdasarkan kehendak pelanggan Honda sendiri.
Mengukuhkan lagi kehadirannya di pasaran tempatan, Honda Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan Honda Civic baharu.
Secara kumulatif, sejak pelancaran generasi pertamanya sebanyak 19.7 juta unit Civic telah dijual di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja sebanyak 58,000 unit Civic berada di jalan raya sejak pelancaran generasi ke-7 pada 2003. Kejayaan model itu dikukuhkan lagi menerusi penerimaan menggalakkan dari generasi ke-8 yang dilancarkan pada 2006 dengan kira-kira 49,000 unit dijual.
Setiap generasi Civic dipertingkatkan dengan tema pembangunan tertentu dalam fikiran. Civic 2012 merangkumi konsep asas ‘futuristik dan kompak tersendiri’. Justeru itu, menurut Ketua Projek Besar Honda Civic baharu, Masayuki Sano untuk memberikan nilai baru kepada Civic merupakan cabaran besar terhadap mereka.
Untuk memberikan nafas baru kepada Civic mungkin satu cabaran yang besar kerana secara peribadi generasi ke-8 lebih menarik dan sporty.
Keberadaan Honda Civic 2012 kali ini pasti anda akan memberi tumpuan kepada bahagian luar. Saya akan memulakan dengan nada positif: Honda Civic 2012 tidak hodoh masalahnya ia juga tidak sangat menarik. Cuma sedikit hambar. Saya hampir menguap tiap kali melihat rekaan luarannya.
Sedikit segar, ia lebih kepada menciptakan imejnya tersendiri. Mungkin saya hanya membuat penilaian melalui rupa paras dan reka bentuk. Prestasinya masih belum diketahui. Ia hanya pendapat peribadi dan mungkin ada yang suka akan rekaan baharu yang ditawarkan ini.
Sekurang-kurangnya, model baru ini masih tidak boleh dikelirukan dengan kereta lain di jalan raya. Jika dilihat, Honda bersungguh cuba mengelak trend ke arah lampu hadapan yang terlalu besar dan pengambilan udara ternganga dan pada masa yang sama menjauhkan diri dari imej tiang besar di hadapan bagi memihak kepada peningkatan penglihatan dan kokpit yang lebih berudara.
Malah bahagian belakang Civic 2012 juga lebih ke arah moden kontemporari, tidak sporty seperti sebelum ini. Jika dilihat terlalu banyak garisan otot di bahagian belakang dan sedikit pendek.
Masuk ke dalam kabin anda secara jelas melihat sebuah evolusi papan pemuka Civic yang meletakkan digital speedometer di hadapan tengah atas pada satah yang berbeza dengan meter rpm di bahagian bawah.
Di sebelah kiri speedometer anda boleh melihat Paparan Pintar Multi-Info (i-MID) yang memaparkan maklumat antaranya audio, penggunaan minyak, dan fungsi perjalanan komputer dengan resolusi grafik tinggi. Malah, anda juga boleh menetapkan latar belakang kertas dinding sendiri.
Civic baru berkenaan juga merupakan model pertama bukan hibrid Honda yang dilengkapi dengan Eco Assist. Ia adalah satu sistem yang membolehkan anda memandu dengan lebih cekap, hanya dengan menekan butang Econ.
Penggunaan kecekapan bahan bakar dapat dilihat menerusi bar yang terletak di kedua-dua belah speedometer. Apabila bar berwarna hijau ia menunjukkan pemanduan yang jimat minyak.
Di samping itu, untuk bahagian luaran dan dalaman, standard keselamatan Civic telah dipertingkatkan dengan bantuan kestabilan kenderaan (VSA) yang kini disepadukan dengan Motion Adaptive EPS (stereng berkuasa elektrik) yang membantu pemandu untuk mengawal semasa keadaan oversteer dan understeer.
Bersama-sama dengan model petrol menerusi varian 1.8L, 2.0L, 2.0L dengan NAVI, turut serta memasuki pasaran adalah varian Civic hibrid yang menampilkan enjin lebih besar 1.5L i-VTEC yang disambungkan kepada motor elektrik yang ringan dan dipertingkatkan.
Civic hibrid adalah yang pertama di Malaysia dipasang dengan bateri lithium-ion yang boleh menyimpan lebih banyak kuasa elektrik dengan saiz yang kompak. Dipertingkatkan dengan teknologi pintar, Civic hibrid juga pertama kali menawarkan Smart Entry dan butang push start.
Honda turut memperkenalkan pakej selepas servis yang sama pada Honda City baharu- lima tahun waranti dengan perbatuan tanpa had dan juga untuk bateri IMA serta servis buruh percuma sehingga enam kali servis sehingga 100,000 kilometer.
Sehingga penghujung tahun ini, Honda menyasarkan jualan sebanyak 5,200 unit untuk varian petrol dan 1,200 unit bagi versi hibrid.
Bagi varian petrol, Civic didatangkan dengan warna perak, hitam, putih dan polished metal metallic. Tanda harga bagi varian 1.8L- RM115,980, 2.0L- RM131, 980 dan 2.0L+Navigasi- RM136,980. Tersedia dengan empat warna pilihan, varian hibrid ditawarkan pada harga RM119, 980.
Bagi model petrol adalah pemasangan tempatan (CKD) di kilang Honda yang terletak di Pagoh, Melaka di mana sebanyak 60 peratus menggunakan komponen tempatan sementara model hibrid diimport sepenuhnya dari Jepun.

--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment