Evoque lebih atlet & agresif
Reka bentuk kemas dan menarik beri keselesaan sepanjang pemanduan
Range Rover Evoque kali ini tidak perlu didebatkan lagi, kerana ia
adalah kereta Land Rover paling bergaya pernah dihasilkan oleh pengeluar
automotif British itu.
Produk konsep jentera itu pernah didedahkan di North American International Auto Show pada Januari 2008 dengan nama Land Rover LRX. Dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2011, tempahan yang diterima oleh Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd cukup memberangsangkan sekali gus menjadikan ia sebagai model ‘penaklukan’ yang berkesan untuk Land Rover.
Lebih kepada bentuk crossover berbanding tradisional SUV (kenderaan utiliti sukan), ia berjaya menarik pembeli baru hasil daripada reka bentuk moden dan sporty.
Tampil dengan perbezaan rupa yang radikal berbanding model Land Rover lain, masih ada elemen gaya yang boleh mengaitkannya dengan jenama tersebut. Rekaan muka di bahagian hujung hadapan memiliki gaya sama pada wajah Land Rover tetapi didatangkan dengan dua unit lampu moden dan unik setiap hujungnya.
Evoque disebut ‘Evoke’ berjaya mengimbangi watak agresifnya dari segi bentuk tirai depannya dengan profil yang menakjubkan dan elegan. Cermin depan yang rata dan bumbung tirus dramatik berjaya merealisasikan konsep LRX menjadi realiti syarikat.
Dan, saya begitu sukakan bumbung ‘terapung’ Range Rover. Garisan bumbung yang rendah memberi sedikit kelainan.
Pasukan pereka bentuk dan jurutera juga membangunkan ciri-ciri tersendiri dan inovatif menerusi pemasangan lampu utama adaptif xenon bersama grafik signatur pada lampu hadapan menggunakan teknologi bilah lampu LED inovatif. Grafik sama diulang pada lampu belakang LED dengan reka bentuk kelopak 3D yang kelihatan sama seperti batu permata.
Kabin yang menyenangkan
Hitam itu menawan! Unit pandu uji Pemotoran adalah hitam dan begitu juga kabinnya. Bahagian kabin menawarkan susunan ergonomik dan penggunaan material mewah yang sudah diketahui dari Range Rover.
Evoque menggunakan rata-rata permukaan yang lembut di bahagian dalamnya.Konsol tengah yang tinggi memisahkan pemandu dan penumpang di sebelahnya.
Sentuhan Jaguar juga dapat dilihat di beberapa bahagian termasuk transmisi automatik enam kelajuan AW F-21 enam generasi terkini bersama Rotary Auto Shifter yang naik daripada konsol tengah sebaik enjin dihidupkan dan skrin sentuh HVAC dan kawalan sistem audio, yang merupakan salah satu sistem paling mudah dan paling intuitif di luar sana.
Malah, penggunaan lampu ambien LED memberikan iluminasi sofistikated dalam kabin.
Sistem audio11 pembesar suara cukup menyenangkan dan saya begitu sukakan bunyi yang dikeluarkan sungguh enak.
Evoque juga turut berhadapan dengan pesaing tegar daripada beberapa model cemerlang pada harga yang kurang mahal dan musuh yang lebih tradisional daripada Jerman. Bagaimanapun, apa yang ditetapkan Evoque berbeza menerusi penampilan yang begitu hip dan diperibadikan dengan cara tersendiri.
Di bawah hudnya, Evoque 2.0 liter petrol dikuasakan enjin Si4 baru yang menghasilkan kuasa maksimum 240PS.
Ditambah dengan transmisi automatik enam kelajuan, enjin yang digunakan bukan hanya penuh semangat tetapi juga menggunakan suntikan langsung bahan api untuk meningkatkan perbatuan.
Mahal atau tidak, Evoque adalah permulaan yang kukuh. Range Rover Evoque menawarkan tempat duduk pemandu yang menyokong struktur badan. Kerusi kemasan kulit itu seolah memeluk badan anda, ia cukup selesa untuk perjalanan jauh tanpa mudah berasa penat.
Walaupun garisan bumbung yang rendah ke belakang anda masih selesa duduk di belakang walau dengan ketinggian 173 sentimeter. Kerana kerusi belakang yang sedikit tenggelam memberikan ruang kepala buat mereka yang tinggi. Secara peribadi, lebih selesa hanya dua penumpang dewasa berada di belakang berbanding tiga kerana anda akan berasa sedikit sesak kerana tingkap yang kecil dan bumbung sedikit rendah.
Duduk belakang agak mengejutkan! Saya seolah berasa duduk di dalam kenderaan yang berbeza kerana suspensi belakang terasa keras berbanding duduk di hadapan di mana suspensinya terasa lebih lembut.
Begitu berbeza, secara jujur saya kurang selesa duduk di belakang seolah memasuki pintu kereta lain dan bukannya Evoque!.
Meluangkan masa memandu jentera pada hujung minggu, kenderaan itu menjadi senjata paling sesuai untuk memandu perjalanan jauh yang memakan masa lebih lama. Nisbah stereng yang ditawarkan oleh Evoque cukup memuaskan, ia cepat memberi respons seolah anda bermain dengan kenderaan itu.
Sensasi yang ditekankan oleh tindak balas pendikit sungguh responsif dan ketika anda menggunakan mod sport, jentera terasa lebih ringan ketika meluncur laju berbanding gear D. Brek juga begitu responsif.
Namun, saya sedikit kurang senang dengan cermin belakang yang sedikit kecil, tetapi jarak penglihatan belakang tidak banyak isu. Kita mendapati diri kita mempunyai isu melihat ke hadapan, khususnya dalam persimpangan, terima kasih kepada cermin sisi yang besar.
SUV kecil dan kenderaan crossover adalah masa depan, jadi kenderaan seperti Evoque tidak dapat dielakkan oleh Land Rover. Walaupun prospek Defender baru adalah menarik, Land Rover telah dapat membina kenderaan dengan penggunaan bahan api menjimatkan dan lebih cekap untuk kekal berdaya saing. Range Rover, pada masa yang sama mengambil langkah besar ke arah masa depan.
Jika anda sedang mencari jentera bandar yang masih boleh membawa anda ke ladang pada hujung minggu, dan melakukannya dalam gaya dan keselesaan, Rover Range Rover Evoque berada dalam senarai itu. Harga yang ditawarkan bagi model itu adalah RM363, 888.

No comments:
Post a Comment