Suzuki Grand Vitara Facelift
Nama Escudo, Sidekick mahu pun Grand Vitara ia merupakan model yang
sama. Cuma model SUV (kenderaan utiliti sukan) Jepun itu dipasarkan
dengan nama berbeza mengikut negara.
Dilancarkan bulan lalu, Suzuki Grand Vitara facelift tiba di pasaran
negara terlebih dahulu sebelum Indonesia yang dikhabarkan bakal
dilancarkan sekitar bulan ini.
Dibawakan oleh Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA), kini model Suzuki Grand Vitara 2.0L (A) ditawarkan dengan penghalusan dan lebih banyak ciri.
Dibawakan oleh Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA), kini model Suzuki Grand Vitara 2.0L (A) ditawarkan dengan penghalusan dan lebih banyak ciri.
Perubahan itu dikatakan untuk meningkatkan persona Grand Vitara yang
dahulunya adalah perintis SUV kecil yang popular hari ini. Buat
pengetahuan anda Vitara asal telah dilancarkan pada akhir 1980-an.
Dari segi luaran, Grand Vitara didatangkan dengan gril dan bampar
hadapan baharu yang kini lebih memberi kepada rupa lebar dan sporty di
bahagian hadapan.
Pelanggan kini boleh membeli lima warna pilihan di mana dua darinya Quasar Grey dan Twilight Purple adalah pilihan warna baru.
Melengkapkan versi peningkatan luaran itu, Grand Vitara dilengkapi dengan roda aluminium 17 inci dengan reka bentuk baharu.
Enjin di bawah bonet masih sama iaitu dijana enjin 2.0 liter yang
menghasilkan tenaga kuasa 104PS pada 6000rpm dan kilas 183Nm pada
4000rpm. Ia juga hanya tersedia dengan transmisi 4-kelajuan automatik.
Suzuki Vitara bukan sahaja diberi sentuhan baharu di bahagian luaran tetapi juga bahagian dalaman. Masuk ke kabin anda akan dapati paparan maklumat baru yang disepadukan dengan kelompok meter serta panel kawalan pendingin hawa baharu.
Selain itu, iluminasi juga telah ditambah butang audio pada permukaan stereng.
Perubahan lain termasuk bahagian roda belakang yang kini didatangkan dengan brek disk dan kelengkapan standard sistem brek anti kunci (ABS) dan agihan tekanan brek elektronik (EBD).
Kereta pemasangan luar negara (CBU) dari Jepun itu di jual pada harga RM121,100 (bersama insurans).

Pada pendapat saya, Grand Vitara boleh sahaja terus diproduksi sebagai
produk Segment-C yang ‘unik’ dan masih kental warna SUV-nya. Tetapi
untuk masa hadapan ia harus didampingi dengan produk crossover.
Model konsep Suzuki yang menjadi tumpuan utama di Paris Motor Show
2012 menerusi model konsep baharu dalam segmen C iaitu sebuah model
crossover dinamakan Suzuki S-Cross itu, harus cepat dijadikan produk
pengeluaran.
--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment