Monster 796
KEINGINAN memiliki sebuah jentera Ducati mungkin dianggap sebagai
angan-angan pada sedekad yang lalu. Keadaan itu berbeza pada ketika ini
apabila produk Itali itu dibawa masuk secara besar-besaran ke tanah air
oleh anak syarikat Kumpulan NAZA, Next Bike Sdn Bhd. Jelas komitmen
syarikat milikan Bumiputera itu cukup tinggi terhadap visi dan misi
dalam memperkembangkan rangkaian perniagaan mereka dalam industri
automotif tempatan.
Bercerita tentang produk buatan negara Spageti ini, pastinya akan terlintas beberapa rangkaian produk terkenal seperti Panigale, Streetfighter dan juga jentera naked ikon - Monster. Beberapa tahun lalu, Ducati Monster menjadi sebutan ramai apabila jentera itu ditawarkan pada harga mampu milik.
Mengikuti laman media sosial Facebook Ducati Malaysia dan Tweeter Next Bike Sdn Bhd, mereka ada menyatakan bahawa pihaknya akan melancarkan Ducati Monster 796 versi baharu pada hari ini.
Menariknya, jentera yang diperkenalkan adalah versi Corse Stripe ABS yang mempunyai sentuhan yang lebih menonjolkan karakter sport Monster 796.
Jika diselidik di laman sesawang rasmi Ducati, Monster Corse Stripe ABS hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja seperti Thailand, China, Indonesia, Filipina, Vietnam, Taiwan dan Malaysia.
Sejak kemunculan Monster pada 1993 hasil rekaan Miguel Angel Galluzzi, model itu menjadi antara kegemaran ramai di atas faktor rekaan bentuk badan, enjin terdedah dan kerangka trellis. Kehadiran versi baharu Monster 796 yang direka semula berjaya menguatkan lagi kesempurnaan sintesis antara gaya sport, nilai estetika dan keseronokan tunggangan setiap hari.
Monster 796 diperkenalkan dalam rangkaian produk di tengah-tengah antara varian 696 dan watak sport 1200. Gabungan enjin berkuasa 87 kuasa kuda (64kW), berat badan kering 167 kilogram (kg) dan sistem ABS, 796 baharu bakal memberi suntikan semangat baru kepada legasi keluarga Monster .
Enjin Desmodue L-Twins berkapasiti 803cc baharu direka khas untuk menyediakan kuasa lebih lancar dan respons tork yang lebih tinggi. Keupayaan enjin tersebut dipindahkan melalui klac basah APTC kepada kotak gear enam kelajuan.
Kerangka trellis ringan yang disambungkan swingarm tunggal pada Monster 796 mempunyai kelebihan dalam mengimbangkan prestasi, gaya hidup dan kesesuaian kepenggunaannya setiap hari. Casis dibina lebih ringan dengan tujuan mendapatkan prestasi pengendalian yang lebih cemerlang, daya pecutan dan jarak brek.
Sistem ekzos berkembar di bawah tempat duduk menyediakan nada ekzos mendalam dengan bunyi yang lebih terkawal. Sistem ekzos Monster 796 direka untuk membolehkan penggunaan bahan api yang lebih tepat di samping menyumbangkan aspek penghantaran kuasa yang lebih lancar.
Rekaan keseluruhan juga telah disemak semula daripada aspek ergonomik. Padanan tangki minyak yang radikal kepada kerangka menambah impak kepada personaliti dan gaya keseluruhan Monster 796.
Jentera ini turut menerima rim aluminium aloi ringan 17 inci dengan tayar 120/70ZR di hadapan dan 180/55ZR di belakang untuk aspek kestabilan dan ketepatan dalam pengendalian.
Khabarnya, Monster 796 akan dijual pada harga RM63,888 (harga tidak rasmi). Jika benar ia akan dijual pada harga tersebut, kesungguhan Ducati Malaysia untuk menawarkan pelbagai pilihan motosikal mampu milik harus diberi pujian.

--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment