MOMENTUM kehangatan industri dua roda terus dirasakan
sehingga hari ini. Kehadiran pelbagai jenama dari luar negara
menjadikan rentak pasaran semakin agresif berkembang.
Antara jenama terkenal secara global, KTM adalah antara jenama yang berjaya meraih populariti dalam masa yang singkat. Pengeluar motosikal yang berasal dari Austria ini menjadi antara watak terpenting dalam kalangan penggemar motosikal gaya supermoto.
KTM 690 Duke R diperkenalkan ke dalam pasaran domestik melalui KTM Malaysia CKD. Sejak pelancarannya, model pemasangan tempatan (CKD) ini menjadi buah mulut terutamanya golongan belia yang gemar trend berkonsepkan motard.
Saya diberi peluang kali kedua menguji 690 R Duke dalam jangka masa agak panjang. Jujurnya, saya bukanlah peminat motosikal berjenis seperti ini. Perwatakan agresif dengan warna tipikal oren kadangkala jadikan saya lebih muda dari umur sebenar.
Pengalaman sebelum ini memaksa saya untuk lebih meneliti aspek prestasi motosikal dan keseronokan tunggangan. Secara keseluruhan, daripada perspektif reka bentuk, saya bersetuju untuk mengatakan 690 R Duke memiliki daya tarikan yang kuat.
Sudah tentu KTM mempunyai kelebihan dengan rekaan unik dan tersendiri. Jentera berkuasa 70 kuasa kuda ini menawarkan jumlah tork mengagumkan. Anjakan kuasa enjin amat memuaskan terutamanya ketika tunggangan dalam bandar. Prinsip asas binaan mesin off-road dapat dirasakan tatkala berada di atas pelana model jalanan ini.
Jumlah tork setinggi 70.5 Nm (52 lb-ft) dapat dirasakan setiap kali tuil klac dilepaskan. Sudah tentu jentera ini memiliki kelebihan untuk hasilkan daya pecutan awal kerana teknologi enjin silinder tunggal dapat menghasilkan kuasa maksimum dengan cepat berbanding konfigurasi enjin lain.
Respons pendikit berteknologi Ride-by-Wire (RbW) cemerlang dan mengawal pengaliran kuasa dengan baik di samping penggunaan klac yang ringan. Agihan kuasa memuaskan, namun saya perlu mengatur kedudukan gear tepat bagi mendapatkan jumlah tenaga yang lebih baik pada kitaran enjin rendah.
Kedudukan tunggangan lebih relaks walaupun saya terpaksa mengepak untuk mencapai kemas bar pemegang yang lebar. Kadangkala, otot biseps lengan dan deltoid pada bahu tua saya agak stres tiap kali membrek. Pujian sepenuhnya diberikan pada ciri pelana 690 R, selesa dan tampil lebih mewah.
Perkara paling utama ingin saya tekankan ialah tahap prestasi pengendalian 690 R Duke. Jentera dengan berat kering 148.5 kg ini mempunyai resipi sempurna untuk menawarkan ketepatan pengendalian. Ia ringan dan amat mudah dikawal walaupun dalam kelajuan yang tinggi.
Casis kukuh menerima sistem penggantungan berkelas tinggi seperti penggunaan monoshock WP Pro-Lever berserta fork hadapan boleh laras 48 milimeter (mm). Turut menyumbang kepada aspek keupayaan pengendalian ialah sistem brek Brembo monobloc M50 yang ada sokongan sistem ABS Bosch untuk memperoleh daya hentian lebih mengesankan.
Menguji pecutan akhir, saya tidak mampu memperoleh angka kelajuan maksimum. Mungkin saya sudah terlalu tua untuk beraksi lebih berani di atas pelana Duke 690R. Saya hanya mampu mencatatkan kelajuan setinggi 185 kilometer sejam (km/j).
Keseluruhannya, saya akur penawaran prestasi kuasa enjin, keupayaan kendalian dan keseronokan tunggangan. Jika anda mahukan jentera ringan berkuasa, tidak ada siapa akan mampu menafikan KTM 690 R Duke sebagai calon utama.
--- SINAR HARIAN

No comments:
Post a Comment