MAZDA boleh dianggap sesuatu yang ‘unik’ dalam kalangan pembuat kereta
Jepun kerana syarikat yang diasaskan oleh Jujiro Matsuda itu gemar
melakukan perkara yang berbeza.
Kelainan yang dimaksudkan seperti rekaan Kodo, falsafah Jinba Ittai dan Zoom-Zoom. Ciri-ciri unik itulah menjadikan model generasi ke-3 Mazda berjaya.
Begitu juga pada model Mazda3. Berada di dalam liga kelas C, kehadiran Mazda3 baharu adalah usaha Mazda mempertahankan popularitinya di kelas tersebut sekali gus mendekatkan jarak dengan model Jepun yang lain.
Malah dengan adanya pengenalan versi pemasangan tempatan (CKD) April lalu merapatkan lagi persaingan kerana faktor harga yang lebih rendah.
Masih lagi dijana enjin 2.0 liter SkyActiv-G petrol, versi CKD adalah menguntungkan. Bagi model pandu uji (spesifikasi tertinggi) ciri yang diketengahkan turut didapati pada model import (CBU).
Model spesifikasi tertinggi Mazda3 CKD dilengkapi dengan rim aloi 18 inci bersama tayar 215/45, lampu dengan bi-xenon bersama AFS, lampu LED nyalaan siang, lampu belakang LED, pendingin hawa satu zon automatik, navigasi, pedal shifter dan keyless entry serta butang start\stop. Namun begitu versi CKD tidak didatangkan dengan bumbung matahari dan janaan brek i-Eloop.
Namun begitu tidak perlu gusar, masih banyak lagi ciri ditawarkan termasuk kerusi pemandu pelarasan elektrik, pengelap cermin automatik, cermin pandang belakang malap automatik, head up display, kemasan aluminium dan kerusi kemasan kulit serta tidak lupa i-ActivSense yang merangkumi Kawalan Lampu Tinggi, Sistem Brek Pintar Bandar, Pemantauan Belakang Kenderaan dan Lane Departure Warning.
Dengan segudang ciri berkenaan pemilik boleh memiliki Mazda3 pada harga RM121,105. Perbezaan harga lebih daripada RM10k berbanding model CBU.
Kini tiba saatnya menyentuh soal prestasi. Sebagai mukadimah, saya akan nyatakan bahawa Mazda3 CKD ini cukup memuaskan hati. Menawarkan pengalaman pemanduan sama seperti versi CBU.
Tiada yang kurang. Mazda3 CKD menawarkan keseronokan pengendalian. Menggunakan enjin 2.0 liter SKYACTIV, pecutan pada kadar pusingan enjin rendah adalah kukuh. Kapasiti enjin tersebut lebih daripada baik dan mencukupi.
Kebanyakan orang akan berpuas hati dengannya. Kualiti peralihan gear automatik juga sangat lembut dan lancar tanpa kejutan anjakan dan peralihan hampir lancar pada gear rendah dan tinggi dengan nisbah enam kelajuan begitu optimum.
Di selekoh ia mampu membelok pada kelajuan tinggi dengan lincah dan penuh percaya diri menuruti perintah pemandu. Hampir tidak percaya kadar olengan badan begitu kecil dan hampir sempurna.
Pengendalian adalah bahagian yang menarik dan satu perkara yang saya dapati adalah bahawa ‘zoom-zoom’ selalu hadir. Kestabilan dan daya cengkaman terasa jauh lebih meyakinkan sehingga memberikan kepercayaan diri untuk lebih lagi memandu agresif.
Menggunakan suspensi topang MacPherson di hadapan dan Multi link di belakang, apabila saya cuba memecut dan membelok pada kelajuan tinggi, dapat dirasakan kereta bertindak balas dengan cepat pada bahagian sisi dan progresif tanpa condong yang banyak.
Satu perkara yang saya puji juga kedapan kabin juga kekal rendah dan cukup menenangkan. Mazda3 sentiasa menjadi salah satu kereta yang lebih baik di pasaran dan ia terjadi dalam hampir bagi setiap jualan pasaran. Saya yakin dengan tawaran Mazda3 CKD bilangan pesanan akan mula meningkat dengan cepat.
SPESIFIKASI:
Enjin: 2.0L SKYACTIV-G
Sesaran: 1998cc
Kuasa Maksimum: 162hp@6000rpm
Tork Maksimum: 210Nm@4000rpm
Transmisi: 6-kelajuan automatik SKYACTIV DRIVE
Keselamatan: 6 beg udara, ABS, EBD, BA, DSC, TCS, AFS, Isofix
Harga: RM121,105

--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment