Bajet 2016: Cuepacs Mahu Kerajaan Timbang Tiga Bulan Bonus
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat
mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak tiga bulan kepada penjawat
awam pada pembentangan Bajet 2016 bulan depan.
Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng berkata, permintaan berkenaan dibuat bagi membantu meringankan beban penjawat awam yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi pada masa ini.
"Kita bukanlah minta kerajaan bagi sekali gus bonus tiga bulan itu, beri secara berperingkat pun tidak mengapa kerana kita faham keadaan kerajaan," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.
Beliau berkata permintaan bonus itu juga adalah sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik selama ini.
"Selain itu apabila mendapat bonus, mereka akan berbelanja dan sekali gus akan merancakkan lagi ekonomi negara," katanya.
Lok berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan menyemak semula dan melakukan penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini.
Beliau berkata perhatian sewajarnya perlu diberikan kerana ia merupakan harapan kepada 1.6 juta penjawat awam di negara ini.
"Mana-mana skim perkhidmatan yang dianggap kritikal seperti pembantu tadbir dan badan beruniform, sudah lima hingga enam tahun tidak disemak, perlu diberi perhatian... kerajaan perlu beri keutamaan kepada mereka yang berpendapatan rendah," katanya.
Lok berkata antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan memberi kenaikan gred berdasarkan pengalaman dan kepakaran kakitangan yang telah berkhidmat dalam tempoh yang lama.
"Walaupun mereka hanya memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia boleh diiktiraf berdasarkan pengalaman dan kepakaran bagi membolehkan mereka menerima kenaikan gred.
"Kerajaan juga mungkin perlu menyediakan lebih peruntukan untuk peluang latihan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kepakaran mereka," katanya.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment