Thursday, 26 September 2019

Pantai Melawi, Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Hormat...
Terima kasih kepada pembaca yang sudi melawat laman Layanjerrla...


Sebahagian dari chalet 

Mungkin tuan-puan pembaca sedang mencari tempat yang menarik di Kelantan sebagai tempat persinggahan atau untu berehat sambil tenangkan fikiran kan?.

Pantai

Gambar chalet dari pantai

Jika anda ke Kelantan sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh anda lawati seterusnya dijadikan kenangan mungkin dalam bentuk gambar (dengan kata lain berselfie la tu). Jika anda seorang yang menggemarkan aktiviti air atau secara spesifiknya anda suka pantai sebagai tempat persinggahan sudah tentu anda boleh memilih tiga pantai yang terkenal di negeri Cik Siti Wang Kembang iaitu Pantai Irama Bachok, Pantai Seri Tujuh Tumpat dan Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu. Kesemua pantai yang saya sebutkan itu memang yang dah sedia dikenali dari zaman berzaman lagi.

sekitar pantai

Jika anda inginkan sedikit kelainan tapi masih memilih kawasan pantai apa kata anda memilih satu lagi tempat yang nak saya ceritakan ini!. Jika anda masih tidak tahu untuk pengetahuan pembaca sekalian, sebenarnya terdapat satu lagi pantai yang boleh dikatakan lebih sesuai untuk berekreasi di Negeri Kelantan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya mandi manda, bermain bola sepak pantai, bermain bola tampar pantai  dan sebagainya. Pantai yang saya maksukan ini diberi nama Pantai Melawi juga terletak di bawah Jajahan (daerah) Bachok.

Sebenarnya Pantai Melawi ni lebih kepada pengurusan pengusaha  Chalet persendirian dengan kata lain diuruskan oleh pihak swasta berbanding di Pantai Irama Bachok di bawah pengurusan Majlis Daerah. Pengusaha chalet pula kebanyakannya terdiri dari penduduk setempat. Untuk aktiviti mandi manda dari pengalaman saya sendiri sangat berpuas hati kerana selain dari pantainya yang putih bersih, pantai juga landai dan kurang berisiko. 

sekitar pantai

Dari segi kebersihan sepertimana yang saya sebut kat atas, rasanya kat sini memang bersih (tempat yang saya singgah). Petugas chalet akan segera membersihkan jika ada sampah yang nampak.



suasana pagi

Chalet mana nak duduk? Yang ni anda pilih sendiri, encik google banyak dan anda boleh buat pilihan sendiri. Kebanyakan harga yang ditawarkan untuk bermalam di chalet si Pantai Melawi adalah murah dan anda tentu tidak percaya setelah deal dibuat.


Sekian....

No comments:

Post a Comment

Berita Terpilih dari BERNAMA - Malay Version