Hai semua...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sapa penah cuba nasi kak wok Kelantan?
Untuk sape-sapa yang bercuti atau melawat Kelantan, anda memang wajib cari nasi kak wok ni. Memang best... rasa dan nikmati sendiri ya.
Untuk makluman juga, sebenarnya ramai dah buat nasi ala-ala kak wok ni, tapi sebolehnya cari dan cuba yang ori.
Anda boleh cari di 2 lokasi iaitu yang paling ori di lorong masuk sebelah Kota Baru Medecal Centre (KBMC). Kedai dia tak ada sign board pun tapi kat situ la tempat yang ori. Kedai ni dikendalikan oleh anak Arwah Kak Wok. (tuan asal Kak Wok dah lama meninggal). Tapi aura dia masih lagi menyengat.
Anda juga boleh buat pilihan di satu lagi lokasi iaitu di lorong masuk Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu (PPD). Dikendalikan oleh seorang lagi anak Arwah Kak Wok. Kedai dia betul-betul melepasi Sekolah Rendah Zainab 1.
nak cari dengan google maps pun boleh.
Selamat mencari dan selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment