Sunday 20 October 2019

Tajikistan uji Malaysia pada aksi persahabatan 9 Nov ini

Tarikh kemaskini: 18/10/2019



KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Malaysia akan menentang Tajikistan pada aksi persahabatan bola sepak antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 9 Nov ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebooknya hari ini, memaklumkan aksi persahabatan itu merupakan persiapan skuad Harimau Malaya sebelum menghadapi Thailand dan Indonesia pada aksi Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di venue sama pada pertengahan bulan depan.

Skuad Harimau Malaya yang kini menghuni ranking ke-158 dunia, dijadual menentang Thailand dalam aksi keempat pada 14 Nov ini, disusuli pertemuan dengan Indonesia pada 19 Nov ini.

Malaysia kini menduduki tangga keempat daripada lima pasukan dalam Kumpulan G, dengan kutipan tiga mata selepas tiga perlawanan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Berita Terpilih dari BERNAMA - Malay Version