DAHULU, dia dikenali sebagai seorang dewa angkuh yang
amat mementingkan diri sendiri. Dek kerana sikapnya itu, dia dibuang
dari negaranya; Asgard ke bumi bagi mencari identiti yang lebih baik
oleh bapanya, Raja Odin.
Di bumi dia berjumpa Jane Foster, seorang saintis yang banyak mengubah dirinya menjadi seorang hero yang sejati.
Percubaan untuk membunuh Thor di bumi tidak berjaya dan Thor berjaya kembali ke Asgard setelah berjaya menewaskan raksasa di bumi.
Itu kisah Thor dalam filem pertamanya yang berjudul sama dan kali ini, Thor atau Chris Hemsworth bersama Natalie Portman, Tom Hiddleston, Stellan SkarsgÄrd, Idris Elba, Christopher Eccleston, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Kat Dennings, Ray Stevenson, Zachary Levi, Tadanobu Asano, Jaimie Alexander bersama Rene Russo dan Anthony Hopkins sebagai Odin, kembali dalam sekuel, Thor: The Dark World.
Kali ini, filem ini dimulakan dengan pertarungan antara Dark Elves yang diketuai oleh Malekith dengan bapa Odin, Bor. Setiap 5,000 tahun, akan berlakunya satu kejadian kosmik yang menyebabkan kesemua titik pertemuan Nine Realms bertembung.
Dalam pertarungan itu, Malekith cuba merampas sebuah artifak yang dikenali sebagai Aether untuk mengembalikan zaman kegelapan buat semua planet. Namun, niat jahat Malekith berjaya ditumpaskan dan Bor mengarahkan Aether ditanam supaya tidak ditemui oleh sesiapa.
Sementara itu di London, Jane Foster (Natalie Portman) yang sedang menjejaki punca kejadian luar biasa di sebuah kilang lama telah disedut masuk ke sebuah dunia yang lain. Kejadian misteri itu membawa Jane ke tempat Aether disimpan dan secara tak sengaja kuasa Aether telah meresap masuk ke dalam badannya.
Thor mula mengesyaki sesuatu dan terus turun ke bumi untuk mencari Jane dan membawanya ke Asgard untuk diubati.
Konflik bermula apabila Malekith yang disangka telah pupus kembali bangkit daripada hibernasi dan mula menjejaki Jane untuk mendapatkan semula Aether. Asgard kemudiannya diserang oleh Malekith dan orang kanannya hingga menyebabkan kematian isteri Odin iaitu Fredda.
Berbaik dengan Loki
Dalam keadaan terdesak, Thor meminta bantuan daripada Loki (Tom Hiddleston) untuk membalas dendam di atas kematian ibu mereka sekali gus menghapuskan Dark Elves.
Berbeza dengan filem pertama, pada pendapat penulis, filem kali ini lebih santai apabila Alan Taylor selaku pengarah menyelitkan beberapa dialog dan babak komedi buat penontonnya.
Antaranya adalah babak Loki yang dibebaskan dari penjara dan dalam perjalanan menuju keluar dari Asgard. Kelebihan Loki dalam ilmu sihir menyebabkan dia beberapa kali bertukar termasuk menjadi Captain America.
Walaupun hanya untuk beberapa ketika, ia sudah cukup memecahkan tawa penonton apatah lagi, pendukung watak hero Amerika itu, Chris Evans berjaya meniru aksi seakan Loki.
Meskipun dilihat seolah cuba belot dengan abangnya pada mulanya, namun Loki akhirnya sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan Thor.
Sinematografi mengagumkan
Memaparkan jalan cerita yang lebih menarik, namun ada ketikanya, ada beberapa babak yang agak meleret dapat dilihat dalam filem ini.
Namun ia digantikan dengan sinematografi yang cukup cantik, terutamanya pemandangan di Asgard.
Selain itu, pergerakan plot yang tersusun, membantu penonton mengikuti jalan cerita dengan baik, biarpun bagi mereka yang tidak pernah menonton Thor sebelum ini.
Tidak hanya bergantung kepada sinematografi dan imej janaan komputer (CGI) sahaja, kesan bunyi dan pencahayaan juga banyak memainkan peranan dalam memantapkan filem ini.
Manakala dari sudut lakonan pula, tidak banyak yang boleh diperkatakan kerana tidak banyak perubahan perwatakan melibatkan Thor, Loki atau Foster.
Bakal kembali?
Namun, dalam keterujaan dan 'kesedihan' penonton atas kematian Loki, penonton akan dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang akan memberi penonton dan keterujaan untuk menyaksikan sambung Thor.
Nasihat penulis, sebaik kredit akhir dimainkan, jangan keluar dari panggung kerana akan ada sambungan akhir yang menjadi trademark bagi filem keluaran Marvel.
Tentu sekali ia akan memberi anda sedikit klu dan keterujaan untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.
Justeru, bagi sesiapa yang belum menyaksikan sekuel Thor ini, jangan lupa menyaksikan filem yang paling dinantikan ini di pawagam.

--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment