Reka bentuk CR-V generasi baharu lebih elegan.
PADA hari ini, kenderaan Utiliti Sukan (SUV) menjadi antara pilihan
pengguna kenderaan di Malaysia. Tidak kira sama ada model baharu ataupun
daripada pengimport kenderaan terpakai (recond), kenderaan jenis SUV
lebih digemari kerana reka bentuk, penawaran saiz dan ruang lebih luas,
lebih praktikal dan selesa untuk dipandu dalam pelbagai situasi.
Selepas Honda CR-V generasi baharu dilancarkan, varian SUV tersebut tidak perlu menunggu lama untuk meraih populariti dalam kalangan pengguna kenderaan. Honda CR-V boleh dikatakan antara model yang paling bertahan dalam pasaran tempatan.
Saya mengambil peluang untuk menguji CR-V generasi baharu yang menerima rekaan lebih segar. Varian yang diserahkan untuk segmen Stereng Turbo pada kali ini menggunakan sistem pacuan kesemua tayar (4WD) untuk memindahkan seluruh kuasa enjin 2.4 liter i-VTEC.
Memasuki ruang kabin dengan sistem masuk tanpa kunci, saya tidak menyangka ruangan yang disediakan begitu luas berbanding reka bentuk bahagian luar. Susun atur papan pemuka kemas, teratur dan tidak semak dengan pelbagai butang kawalan sistem elektronik.
Sejurus menghidupkan enjin dengan menggunakan butang push/start yang disediakan, saya mula bergerak melalui kawasan trafik bandar. Ketinggian jentera memudahkan jarak penglihatan di atas kerusi kulit yang disediakan. Manakala lebar CR-V masih meyakinkan untuk melalui laluan yang sesak. Pengendalian stereng juga tidak mengecewakan, ringan dan mudah untuk menukar haluan.
Pada awal pemanduan tanpa membawa penumpang dan muatan di dalam kereta, saya dapat merasakan kuasa yang mencukupi untuk membawa badan kenderaan yang lebih besar. Pergerakan jentera lancar di samping penggunaan kotak gear automatik lima kelajuan.
Sekembalinya di pejabat, saya mengambil peluang dengan membawa empat orang penumpang untuk menguji keampuhan dan praktikaliti jentera SUV ini. Mengikut data spesifikasi, CR-V 4WD menyediakan kuasa sebanyak 190PS pada 7,000 rpm dan 222Nm tork pada 4,400rpm.
Pada awalnya, saya menjangkakan akan berlaku defisit tork, namun begitu, enjin DOHC CR-V ini masih selesa menyediakan daya kuasa yang mencukupi. Penumpang di bahagian belakang juga memberikan reaksi positif kepada ruang dan keselesaan yang ditawarkan.
Sistem pacuan kesemua tayar pada Honda CR-V juga menawarkan pedal gear tangan (paddle-shift) di belakang stereng untuk memanfaatkan sistem gear manual. Sengaja menguji fungsi tersebut, sistem ini sesuai kepada penggemar corak pemanduan sport. Pertukaran gear boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki untuk mendapatkan kadar putaran enjin lebih tinggi.
Pada keesokan harinya, saya menuju ke laluan berliku dan berbukit. Pada kelajuan sederhana, tahap pengendalian CR-V 2.4 liter memuaskan dan saya masih berkeyakinan untuk menekan pendikit. Cengkaman keempat-empat tayar membuatkan kenderaan lebih stabil ketika di selekoh. Seperti kebanyakan SUV, Honda CR-V sedikit lambat untuk menghasilkan daya pecutan tinggi dari kedudukan pegun, namun pujian diberikan kepada sistem penggantungan yang cemerlang mengendalikan tarikan kuasa enjin. Walaupun bertindak sedemikian, sistem suspensi lembut dan mampu menyediakan tahap keselesaan dalam perjalanan yang jauh.
Wajar dihargai, SUV ini dilengkapi dengan sistem keselamatan bijak seperti enam beg udara dengan tambahan beg udara sisi, VSA, ABS dan EBD, kawalan cengkaman dan juga Hill-Start Assist. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan kepada Honda CR-V 2.4 liter 4WD.
Spesifikasi:
Enjin: 2.4 liter i-VTEC empat silinder sebaris DOHC
Transmisi: 5-kelajuan automatik
Kuasa maksimum: 190PS @ 7000rpm
Tork maksimum: 222Nm @ 4400rpm
Harga: RM169,800 (atas jalan termasuk insurans)

--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment