Mazda 6 lebih garang
mazda 6: Tampil dengan 3 varian
Mazda6 menampilkan rekaan yang menyerlah sebatu jauh dari kereta
keluarga yang lain seperti Ford Mondeo dan Volkswagen Passat serta
menentang rekaan konservatif sedan pertengahan senegaranya Honda dan
Toyota.
Tema asasnya dipanggil ‘Kodo’, berdasarkan apa yang dipanggil oleh Mazda sebagai “Soul of Motion”.
Malah salah satu sumber utama inspirasi untuk kereta ini ialah cheetah- lampu hadapan diinspirasikan dari keluarga kucing terpantas dunia itu.
Namun, masuk ke bahagian kabin mungkin sedikit kecewa dengan rekaan yang tidak sedramatik luaran. Sudah tiba di pasaran negara, Bermaz Motor Sdn Bhd membawa masuk tiga varian di bawah lencana Mazda6: 2.0L, 2.5L, dan 2.5L (wagon).
Mazda6 merupakan kereta keluarga yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jepun sejak 2002. Ia secara cepat menjadi penghasilan kenderaan terpantas dengan enjin 2.3L I-4.
Sejak pengenalan pertama 2002, Mazda6 telah terjual sebanyak 1 juta unit seluruh dunia dan menjadi batu loncatan terlaris berbanding model-model Mazda sebelum ini.
Sudah pun tiba di pelabuhan Malaysia, Mazda6 versi 2013 ini tentunya menyasarkan kesinambungan momentum jualan sedan saiz pertengahan.
Jentera sedan dalam segmen D dengan lencana nombor 6 di belakang but ini merupakan model kedua Mazda selepas CX5 yang menampilkan keseluruhan portfolio teknologi Skyactiv.
Penggunaan teknologi berkenaan menyumbang kepada berat badan yang lebih ringan, kecekapan penggunaan bahan api dan kurang pencemaran- tanpa mengorbankan karakter Zoom-Zoom yang sinonim dengan tagline Mazda.
Seperti setiap kenderaan syarikat yang lain, Mazda mengharapkan dapat mengambil peluang besar dalam segmen automotif terbesar di Malaysia.
Menerusi pelancaran generasi ketiga Mazda6 tersebut, Malaysia menjadi negara kedua Asean menerima flagship Mazda itu.
Walaupun fokus pada varian sedan, Bermaz Motor Sdn Bhd turut memperkenalkan varian Grand Touring di mana memiliki rekaan badan station wagon.
Walaupun segmen wagon dalam negara adalah niche, tetapi ia adalah langkah jangka masa panjang yang melihat ke arah pembeli yang lebih matang dan menghargai station wagons.
Untuk varian sedan, Mazda6 menawarkan dua pilihan enjin iaitu 2.0 liter (L) dan 2.5. Sementara untuk varian Grand Touring ia memiliki ciri-ciri yang sama dengan 2.5L sedan.
Namun dari segi saiz, Grand Touring secara marginnya lebih kecil dari sedan. Sedikit mengejutkan di mana panjang keseluruhannya adalah pendek 65 milimeter (mm) berbanding sedan manakala jarak rodanya pula adalah 2750mm yang sedikit berbeza dengan varian sedan 2830mm.
Pihak Mazda punya sebabnya tersendiri mengetengahkan saiz yang lebih kecil, kerana Grand Touring disasarkan kepada pelanggan Eropah yang menginginkan ruang kargo besar. Justeru itu, Grand Touring menawarkan kabin yang lebih pendek.
Teknologi i stop, i-ELOOP.
Selain itu, untuk edisi 2013 ini berdasarkan kepada filosofi Zoom Zoom, Mazda6 baru ini membangunkan teknologi inovasi terbaru iaitu sistem i-ELOOP dan i stop. Kedua-dua teknologi berkenaan dibangunkan untuk bekerjasama antara satu sama lain.
Sistem i-ELOOP merupakan sistem penjanaan semula ketika membrek. Ketika brek ditekan, bateri akan dicas di mana tenaga berkenaan akan digunakan untuk menjana instrumen elektronik dalam kereta ketika berhenti.
Ia akan mengambil masa sekitar 10 saat untuk mengecas penuh. Bagi i stop pula ia akan mematikan enjin ketika anda membrek sepenuhnya untuk berhenti.
Aplikasi teknologi ini adalah sama yang anda temui pada kenderaan hibrid untuk memberikan penjimatan petrol. Namun sistem berkenaan hanya ditawarkan pada varian 2.5L sahaja.
Bercakap ketika pelancaran, Pengarah Urusan Bermaz Motor, Datuk Ben Yeoh berkata pihaknya telah pun menerima 500 unit tempahan sebelum pelancaran rasmi model berkenaan.
“Respons menggalakkan tersebut menjadikan unit peruntukan Mazda6 untuk tahun ini telah habis dijual.
“Kami ingin menjual lebih tetapi buat masa sekarang, had AP mengawal bilangan kereta yang diimport oleh Prima Merdu dari Jepun” katanya yang enggan menyatakan bilangan sebenar.
Ketika ditanya mengenai rancangan pemasangan tempatan (CKD), Ben Yeoh berkata ia bergantung kepada permintaan.
“Pemasangan tempatan adalah caranya kita mahu meningkatkan jumlah tetapi kita akan melihat kepada bilangan permintaan. Pada masa ini, kita sedang memasang Mazda3 dan dalam masa terdekat, pemasangan model CX-5 akan bermula,” ujarnya.
Harga atas jalan bagi Mazda6 ialah RM159,455.50 (termasuk insurans) untuk varian 2.0L dan RM189,728.40 (2.5L). Sementara tanda harga bagi varian Grand Touring ialah RM193,832.40 yang turut dilengkapi enjin 2.5L.

Untuk pilihan warna, pelanggan boleh memilih putih mutiara, aluminium metallic, merah, kelabu dan biru.
Dari segi keselamatan ia dilengkapi dengan enam beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD),
Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dan Sistem Kawalan Tarikan (TCS) serta Sistem Brek Bandar Pintar (SCBS).
Sistem SCBS dibina untuk menghalang pelanggaran di hadapan pada kelajuan serendah 20 kilometer sejam di mana brek akan diaktifkan secara automatik sebaik sistem mengesan objek di hadapan kenderaan. Sistem seperti ini turut ditemui pada Volvo dan Ford Focus.
Nampaknya pasaran pertengahan sedan akan kembali riuh. Pihak Mazda juga telah siap - siap melancarkan jagoannya Mazda6. Kereta yang kelihatan garang ini mampu memukau sesiapa sahaja apabila pertama kali melihatnya.
Dengan rekaan yang elegan ia mampu menarik hati konsumer. Bahkan peruntukkan untuk tahun ini sahaja sudah habis dijual.
Kehadiran Mazda6 sedikit sebanyak mampu menggoncang pesaing Jepunnya yang lain dalam pasaran negara.

--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment