Triton VGT, lebih kukuh dan lasak
Wartawan Sinar Harian
6 Ogos 2015
KITARAN produk bagi segmen trak pikap sebenarnya agak
panjang. Tempoh tujuh hingga 10 tahun adalah sesuatu yang normal. Begitu
juga bagi model Mitsubishi Triton. Hampir 10 tahun berada di pasaran
pada kali terakhir generasi baharu dilancarkan.
Namun begitu, persaingan yang semakin kompetitif menjadi satu cabaran buat pengeluar untuk memastikan produk mereka masih relevan dan menarik pada tempoh masa yang panjang itu. Tambahan trak pikap bukan lagi sekadar untuk tugasan kerja berat, ia kini menjadi trend gaya hidup dalam kalangan pengguna.
Untuk mengukuhkan posisi dalam segmen tersebut, pihak Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan model Triton serba baharu. Generasi kelima itu kini didatangkan dengan satu definisi baharu berdasarkan konsep Trak Utiliti Sport Ultimate.
Sebulan selepas pelancaran, MMM menyediakan beberapa unit pandu uji Triton untuk media pemotoran. Sinar Turbo diberi peluang untuk pulang beraya bersama Triton baharu selama seminggu. Jangka masa yang panjang itu memberi kelebihan untuk menguji keupayaan Triton bukan sahaja di jalan raya biasa tetapi juga laluan off road.
Ketika warga kota berpusu-pusu ingin pulang ke kampung pada minggu ke-2 Julai lalu. Saya memilih sehari sebelum raya pertama. Dengan harapan jalan raya ketika itu sedikit lega setelah ramai pulang lebih awal.
Tambahan perjalanan pulang ke kampung sejauh 112 kilometer tidaklah begitu jauh. Tanpa kesesakan lalu-lintas perjalanan saya hanya memakan masa selama 1 jam 30 minit.
Walaupun bulan Julai satu kisah duka yang tidak terduga dan perasaan gembira menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dirasai. Pagi Khamis itu saya mula mengemas barangan yang ingin dibawa pulang ke kampung.
Sebakul besar hamper dan beberapa beg kertas penuh diisi dengan kuih raya mula diangkat satu persatu mengisi ruang belakang kabin. Separuh daripada kerusi penumpang belakang penuh diisi dengan ole-ole. Melihat ke seluruh ruang di belakang saya dapati masih ada ruang yang mencukupi dan selesa buat penumpang.
Pakej yang dikemas kini pada kabin double cab telah meningkatkan ruang kabin sebanyak 20 milimeter (mm) dan ruang bahu sebanyak 10mm. Secara perbezaan dimensi Triton baharu (varian 4x4) menunjukkan ia lebih pendek 15mm tetapi lebih lebar 15mm. Maka secara virtual saiznya adalah sama dengan terdahulu.
Bagi saiz Asia yang memiliki fizikal sederhana sebenarnya masih mampu duduk dengan selesa. Tambahan jika penumpang dan pemandu depan memiliki ketinggian seperti saya iaitu 157 sentimeter. Ruang kelegaan kaki yang ditawarkan adalah luas di belakang.
Selesai membawa barangan yang diperlukan dan menyangkut sepersalinan baju pada pemegang tangan di belakang, saya beralih ke pintu depan di sebelah pemandu. Dengan adanya pemijak kaki di bahagian tepi memudahkan urusan masuk ke kabin.
Masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang rendah seperti saya setiap kali melangkah masuk jentera 4X4. Sebaik duduk di kerusi pemandu, saya melaraskan kerusi mengikut keselesaan.
Sebagai sebuah kenderaan pikap pihak pengeluar mengambil pendekatan sederhana dan ringkas pada kabin. Tetapi ia dikemas kini dengan lebih baik menerusi penggunaan material dan tema kemasan warna.
Di dalam terdapat beberapa spesifikasi yang perlu ditekankan seperti kawalan pendingin hawa dua zon menjadikan kabin terasa lebih segar. Varian Triton VGT Auto yang saya terima dilengkapi dengan kerusi fabrik dan masih menawarkan keselesaan yang agak baik untuk pemandu. Walaupun posisi kedudukan tidaklah setegak yang boleh didapati pada Ford Ranger.
Penggunaan warna kelabu gelap dan terang pada kabin Triton menetapkan satu standard di atas pasaran daripada mana-mana tawaran jenama lain ketika ini. Persembahan dalam Triton boleh dikatakan yang terbaik.
Triton terkini juga turut menampilkan ciri-ciri pertama dalam kelasnya seperti butang pushstart, operasi tanpa kunci, lampu depan xenon HID bersama lampu nyalaan siang, kemudi roda teleskopik dan tilt dan pedal pengubah.
Ciri-ciri baharu yang lain adalah pilihan 4WD, Sistem Audio Sentuhan Paparan dengan kamera undur, lampu depan dan pengelap cermin automatik. Namun ciri berkenaan bergantung kepada varian yang dibeli.
Lebih menarik, skrin sentuh 6.1 inci adalah mudah dan efektif digunakan. Seperti yang anda harapkan, dengan adanya sambungan USB, CD dan MP3 memberikan satu bonus untuk menikmati barisan muzik yang diinginkan ketika perjalanan jauh.
Adunan enam pembesar suara memberikan nada hiburan yang menyedapkan halwa telinga. Selesai menyesuaikan diri dengan segala butang kawalan dalam kabin, saya mula memijak brek dan menekan butang pushstart di sebelah kanan stereng. Getaran mula dirasakan sebaik enjin 2.5 liter turbodiesel dengan sistem commonrail bertekanan tinggi dihidupkan.
Usai itu, saya memasukkan thumbdrive pada USB port di sebelah palam pencucuh untuk memainkan barisan lagu bagi menemani perjalanan pulang. Saya perlu melakukan pusingan U di kawasan parkir rumah untuk menuju ke jalan besar.
Radius pusingan 5.9 meter cukup memudahkan urusan. Lantas saya terus memandu Triton menuju ke Lebuh Raya Guthrie dan keluar di susur Rawang menuju ke utara menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan.
Mujur keadaan trafik cukup lega. Dapat dirasai penambahbaikan pada Triton menjadikan ia sebuah jentera 4x4 yang selesa dipandu di jalan raya biasa. Bagi sebuah jentera yang tinggi tentunya olengan badan tidak dapat dihindari.
Kerana itulah ketika melalui selekoh adalah lebih wajar dilakukan pada kelajuan yang rendah. Ini bagi mengelak berlakunya insiden oversteer.
Memandunya di jalan raya penambahbaikan dapat dikesan. Enjin yang lebih kasar kini lebih halus. Walaupun di awal pergerakan terasa kehadiran turbo lag. Seperti halnya dengan kebanyakan turbo diesel ada beberapa lag pada rev rendah.
Tetapi progresnya agak cepat sebaik puncak tork dihantar (pada 2500rpm). Ia menarik sepenuh hati pada gear tinggi dan mengurangkan kadar perpindahan dengan mudah pada rev rendah. Penghantaran transmisi 5-kelajuan automatik juga lancar tanpa sentakan.
Perjalanan saya diteruskan menggunakan jalan lama menuju ke Slim River. Justeru itu, perjalanan lebuh raya tamat di susur Tanjong Malim. Ketika berhenti di simpang empat Tanjong Malim berhampiran Pau Yik Mun, saya dapati enjin Triton cukup selesa di saat melahu.
Hanya terdapat sedikit keluhan dan getaran yang tidak diingini melalui kabin. Nisbah stereng yang ringan cukup memudahkan pengendalian. Ia mudah diarahkan pada apa jua keadaan.
Namun ketika saya melakukan sesi off road (pada hari raya ke-4), stereng yang ringan memberikan kurang rasa secara langsung pada cengkaman tayar. Melalui jalan yang tidak rata dan licin serta berlumpur memerlukan saya lebih berhati-hati mengawal stereng.
Namun begitu, perjalanan bertambah baik apabila gejala lantunan dan terumbang-ambing ketika melalui jalan berbonggol dan tidak rata dapat dikurangkan. Sesungguhnya, tahap keseluruhan perbaikan adalah mengagumkan.
Ia adalah hampir seperti sebuah kereta dalam cara yang tenang di jalan raya, dengan hanya sedikit bunyi angin di atas 100 kilometer sejam dan raungan tayar akibat permukaan jalan yang kasar. Lebih mengagumkan bahan api Triton cukup menjimatkan yang sinonim dengan enjin diesel.
Generasi baharu Mitsubishi Triton telah mengambil satu langkah ke depan dalam segmennya. Ia lebih diperhalusi dan dinikmati ketika dipandu.

--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment